Ya Allah Ya Tuhanku,
Begitu cepat Dia meninggalkan kami semua..
Begitu cepat Dia meninggalkan kami semua..
Tepat jam 12.28 tengah malam semalam, arwah pergi buat selama lamanya bersama sama adiknya di dalam satu kemalangan di Batang Kali, arah ke Tangjong Malim..
Arwah yang tersepit didalam kereta bersama sama adik nya akibat dari kemalangan yang melibatkan kenderaan lain dan lori..
Kenderaan yang dipandu oleh ayahnya hilang kawalan, lalu dilanggar oleh sebuah kenderaan lain, setelah itu kenderaan mereka berada di tengah jalan dan telah dirempuh oleh sebuah lori..
Bapanya yang mengalami kecederaan di tenggok dan ibunya yang sarat mengandung turun menghadiri upacara pengkebumian arwah sebentar tadi..
Menurut beberapa sumber, arwah yang baru mendapat tawaran memasuki asrama di SMK Khir Johari, pergi membeli belah bersama ibu, ayah, dan beberapa adiknya yang lain..
Segala kelengkapan telah disediakan untuk menyambut adik barunya yang bakal lahir dan persiapan nya ke asrama..
Sebelum kejadian berlaku, arwah sempat ber-mesej dengan 2 orang rakan nya..
Rakannya yang pelik apabila arwah tiba tiba tidak membalas mesej..
Rakan nya beberapa kali cuba menelefon arwah, tetapi tidak berjawap...
Sebelum kejadian berlaku...
Arwah dan seorang rakannya sempat bergurau :
*aku akan ingat kau sampai kapan
Arwah menjawap :
*sampai kapan je ke? kirenye masa kebumi kau daa lupa kat aku?
Arwah seorang yang pendiam dan mudah mesra dengan semua rakan rakan nya, begitu juga dengan guru guru yang mengajar..
Semasa jenazah tiba di tanah perkuburan, ramai rakan rakannya yang hadir untuk melihat arwah buat kali terakhir..
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan semasa ibunya yang turut terlibat menangis teresak esak :
*Hanim bangun, ibu ada dekat sini...
*Hanim budak baik, kenapa Hanim tinggalkan ibu...
*Ibu selalu marah marah Hanim, nenek tak suka Hanim... Sekarang Hanim daa tak ada..
Beberapa teman memberitahu, kepala adik nya terkulai semasa jenazah dimasukkan ke liang lahat sebentar tadi..
Wajah arwah tidak mengalami apa apa kecederaan cuma pipi adiknya terdapat beberapa luka..
Abang serta adik adik nya yang lain menguruskan segala urusan pengkebumian..
Alhamdulillah....
Segala urusan telah berjalan dengan lancar...
Disini, Mira berharap supaya keluarga arwah serta rakan rakannya dapat menerima dan redha dengan ketentuan Ilahi.. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman..
Yang hidup pasti akan mati...
Dalam kenangan 1993-2011 -NUR FARAHANIM BINTI ISMAIL-
No comments:
Post a Comment