Baru sahaja berada dalam dunia realiti sebagai seorang artis, dua penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 9 , Lena dan fina dikatakan sudah mula bermasam muka. Fina dan Lena dikhabarkan mempunyai masalah untuk bekerjasama selepas kedua-duanya dilanda gosip yang hebat selepas pulang daripada menjayakan satu program TV di Bali, Indonesia.
Lena dituduh melakukan perbuatan sumbang sewaktu di pulau itu, manakala Fina pula kemudiannya dikatakan menjadi dalang yang menaburkan fitnah terhadap Lena dan seorang lagi finalis AF9, Azri.
Bertemu Fina di satu fotografi khas majalah Mangga, menurut gadis kelahiran Melaka ini hubungan antara dia dan Lena sememangnya agak dingin sewaktu mereka d idalam akademi lagi. Ikuti temubual Mangga Online bersama Fina.
Benarkah hubungan Fina dan Lena renggang selepas gosip ini keluar?
"Tak dinafikan hubungan saya dan dia bukanlah terlalu rapat, malah semenjak di dalam akademi lagi kami tidak terlalu mesra bersama. Selepas keluar AF, saya langsung tiada menghubungi dia melainkan kami ada fotografi bersama."Tapi saya tidak ada masalah untuk bekerja dengannya kerana saya tahu antara kami, perlu ada sikap profesionalisme. Cuma jika dia tidak menegur saya, lebih baik saya buat tak tahu saja.
"Saya agak kecewa bila dalam satu kenyataan Lena dan Azri, mereka berkata ada bersemuka dengan saya untuk bertanya hal ini. Sebenarnya, kedua -dua mereka tidak pernah berbincang dengan saya, tetapi tiba-tiba saya dipersalahkan."
Benarkah Fina yang buat cerita tentang Lena dan Azri di Bali tempoh hari?
"Sewaktu kejadian itu, bukan saya seorang sahaja yang nampak, malah ada juga beberapa pihak produksi yang nampak. Saya tidak ada bercerita pada sesiapa, kerana untuk apa saya bercerita, ia tiada kaitan dengan diri saya.
"Daripada saya cerita mengenai diri mereka, lebih baik saya cerita tentang diri saya pada semua orang. Saya tak tahu bagaimana nak cakap, dan saya terkilan dengan perkara ini, mengapa saya tiba-tiba dipersalahkan sedangkan perkara itu bukannya datang daripada saya sendiri."
Benarkah Fina juga dikatakan sudah mula berlagak Diva dalam satu fotografi bersama sebuah akhbar sewaktu di dalam AF?
"Tentang perkara itu pula, saya tidak pernah berniat untuk menyakiti hati sesiapa. Mungkin ketika itu mimik muka saya kelihatan masam sewaktu fotografi dijalankan, tetapi pada hakikatnya, saya tidak berniat untuk memarahi sesiapa.
"Seperti yang dikatakan, saya mahu segera selesai daripada fotografi itu, tetapi jika difikirkan secara rasioanalnya, untuk apa saya mahu selesai awal kerana ketika itu saya terikat dengan pihak produksi Astro, jadi lambat atau cepat mereka yang tentukan. Di situ sahaja nampak, ia sebenarnya tidak benar."
Bagaimana perasaan sewaktu mula-mula membaca gosip ini?
"Saya memang terkejut bila ibu saya telefon dan menyuruh saya segera membaca artikel itu, memang sedih sebab ini permulaan saya menjadi artis, tetapi kemudiannya saya mula berfikir, mungkin ini baru secebis gosip sahaja dan saya perlu tabah mengharunginya.
"Mula-mula saya tertekan, mana pernah saya dicemuh begini namun saya harap perkara ini akan menaikkan semangat saya dalam dunia seni ini."
Bagaimana pula dengan keluarga?
"Ibu saya sudah tentu bising, kerana mereka tidak faham keadaan sebenar. Tetapi bila saya terangkan, mereka sudah boleh menerimanya."
Inginkan berita terkini, klik di SINI
No comments:
Post a Comment