Thursday, October 20, 2011

Ceritera Cinta Lensa di Kaki Lima #2

10. 1. 2010 : Twin tower ini menjadi tanda janji setia kita berdua.


Lensa ini membuktikan kenangan cinta kita yang tersemat didalamnya.

Pipy harap lepas ni kita buat haluan masing-masing, Pipy taknak Cici tinggalkan study hanya sebab Pipy, lagipun Pipy akan sambung belajar lepas ni mungkin dalam 2 3 4 tahun Pipy merantau ke oversea. Cici faham kan apa yang Pipy cuba nak sampaikan ni?”

Tapi Pipy .... “

Keadaan hingar-bingar disekeliling tiba-tiba menjadi senyap sunyi seperti sunyinya hati dan perasaan Yaya ketika ini.

Yaya tersentak apabila dia terdengar bunyi yang merunsingkan kepalanya.

Yaya, are you okey darling?”

Datin Non yang sejak  tadi terkejut dengan kejadian anak gadisnya yang rebah secara tiba-tiba.

Yaya dekat mana ni, mama? Kenapa mama menangis??"

Yaya ada dengan mama ni, sayang. Kita masih di rumah Dato Zikri, mereka semua terkejut bila lihat Yaya tiba-tiba saja jatuh pengsan. Yaya sakit ke, kenapa Yaya tak bagitahu mama yang Yaya sakit? Kalau mama tahu, mama tak akan bawa Yaya ke rumah Dato Zikri ni.”

Yaya hanya mendiamkan diri dan termenung seketika. Dia mengingat kembali rupa paras lelaki yang baru sahaja ditemuinya sebentar tadi.

Mungkin ke lelaki yang aku nampak tadi, dia?”

Tuk, tuk, tuk !

Datin Non yang sedang asyik mengelap muka Yaya yang agak kepanasan tersentak apabila terdengar ketukan pintu yang diperbuat dari kayu jati yang agak perlahan bunyinya.

Yaya sudah sihat? Ini aunty ada buatkan chicken porridge, ala-ala porridge McD special untuk Yaya. Yaya makan lepas ini Yaya berehatlah ya. Mungkin Yaya penat sangat, sampai jatuh pengsan dibuatnya. Malam ini Yaya dengan Datin Non tidur sahajalah dirumah kami ini ya. Saya sudah siapkan kelengkapan mandi untuk Datin dan Yaya.”

Penggunaan kata yang agak bercampur baur yang digunakan oleh Datin Linda membuatkan Yaya sedikit geli hati apabila mendengar setiap patah perkataan Datin Linda apabila berkata-kata.

Terima kasih banyak-banyak Datin Linda, I really appreciate it.”

Mama begitu terhutang budi dengan kebaikan keluarga Dato Zikri serta isterinya.

Yaya hanya mampu tersenyum dan itu sebagai tanda terima kasih kepada Datin Linda yang sangat baik hati terhadap dirinya.

Wajah lelaki yang membuatkan dirinya tidak keruan semenjak dari tadi terbayang lagi di fikirannya. Dia melihat sekeliling ruang lingkup yang berada didalam kamar yang serba-serbi mewah. Kemas dan ringkas tetapi cukup elegant. Walldrop yang bertemakan klasik, berlakarkan ranting-ranting kayu, suhu bilik yang dingin membuatkan diri Yaya terasa seperti diawang-awangan.

Yaya.. !”

Yaya terhenti dari lamunannya. Terkejut hingga hampir terjatuh teddy bear  berwarna putih gebu yang dipeluknya sejak dari tadi.

Mama, terkejut Yaya ! Nasib baik Yaya tak ada heart attack kalau tak dah mama dengan family Dato Zikri  terpaksa hantar Yaya pergi hospital malam ini. Hmmm.. Ada apa mama panggil Yaya?”

Mama hanya tersengeh melihat keletah anak gadisnya yang sangat suka bergurau.

Dari tadi mama tengok Yaya asyik termenung jauh, dahi berkerut-kerut, peluk-peluk bantal, tiba-tiba tersenyum-senyum. Yaya kenapa sebenarnya? Apa yang Yaya fikirkan sejak tadi? Selalunya kalau Yaya ada hal ke, Yaya akan bagitahu mama. Ini tidak pula, nak berahsia dengan mama ya?”
Alamak, mama dah mention laa pulak. Habis pecah rahsia aku nanti.”

Yaya bermonolog dalaman seketika.

I’m asking you, my dear. Jawap pertanyaan mama. Mama merajuklah dengan Yaya kalau macam ni. Lepas mama solat Isya’, mama nak tidur. Yaya teruskanlah berada dialam magika, berimaginasi.”

Mama !”

Datin Non tidak mempedulikan panggilan dari Yaya, lalu terus beredar untuk mengambil wudhu didalam bilik solat yang disediakan khas yang berada berdekatan dengan kamar tidur mereka.

Terdiam Yaya setelah melihat mamanya yang agak sedikit touching dengan dirinya.

Sekali lagi wajah pemuda sebentar tadi bermain di mindanya.

Keesokan harinya,

Pagi yang gelap kini sudah terang, aku adikmu dan engkau abang, ku amat merindui kan mu~

Ringtone alarm dari kumpulan Rain bordering sekuat hati, mengejutkan sesiapa sahaja yang berada berdekatan dengan alarm tersebut.

Aku ada dekat mana ni, kenapa lain sangat keadaan bilik ini dengan bilik aku? Oh, aku dekat rumah Dato Zikri, apasal laa aku ni cepat sangat lupa?”

Yaya mentertawakan dirinya sendiri.

Lena tidur? Kalau tak lena, biar mama dodoikan lagi sampai Yaya betul-betul tidur nyenya. Nak?”
Amboi mama, marah lagi dekat Yaya laa ni kan? Yaya minta maaf mama. Mama maafkan Yaya tak? Mama, nak peluk. Rindu dekat mama.”

Yaya cuba mengambil hati mamanya kembali. Yaya adalah seorang anak yang sangat menjaga hati mamanya kerana dia telah dibesarkan oleh mamanya seorang diri sejak dari kecil lagi setelah ketiadaan papanya.

Anak mama ni, pandai betul nak pujuk hati mama kan?” Sini dekat dengan mama, mama peluk dia erat-erat. Mama sayang Yaya, Yaya seorang saja harta yang mama ada. Mama tak mahu Yaya pendamkan apa-apa masalah dari mama. Mama nak Yaya share problem dengan mama. Mama ini mama Yaya, mama jaga Yaya sejak dari Yaya dalam kandungan mama lagi. Mama kenal perangai Yaya macam mana.”

Mama terdiam. Tiba-tiba beberapa titisan airmata membasahi lengan baju Yaya.

Sudah besar anak mama, satu hari nanti Yaya akan berkeluarga. Tinggallah mama seorang diri dekat villa kita nanti.”

Mama...”

Yaya yang tidak dapat menahan sebak terus mendakap kuat tubuh mamanya yang semakin hari semakin lesu dimamah usia. Lalu mengelap airmata yang mengalir dan telah membasahi pipi Datin Non.

Maafkan Yaya, Yaya tak ada niat nak buat mama sedih pagi-pagi ni.”

Kasih sayang seorang ibu tiada tolok bandingnya, sayang.”

Yaya merasa dirinya sangat bahagia kerana Datin Non mengambil berat terhadap dirinya dan sentiasa berada dekat dengan dirinya.

Tuk, tuk, tuk !

Ibu, Datin Linda manggil ibu untuk makan sama mereka sebentar aja lagi. Jemputlah ibu dan anak ibu turun ke bawah ya.”

Hati Yaya yang agak relax kembali resah, tidak keruan. Bermacam-macam yang dia fikirkan. Wajah lelaki yang sering bermain di fikirannya kembali terpancar dalam kotak fikirannya.

Tepat jam 8.00 pagi,

Makanlah sarapan pagi yang tersedia ini, Datin Non. Maaflah jikalau makanan ini tidak seberapa enak. Saya yang masak makanan ini semua.”

Datin Linda seorang yang sangat merendah diri, walaupun dia seorang yang berpangkat besar tetapi dia tidak pernah membangga diri dengan segala kemewahan yang dimilikinya. Dia sanggup menolong pembantu rumahnya memasak walaupun itu bukanlah suatu kerja rumah  bagi seorang ibu yang berpangkat Datin dirumah. 

Yaya melihat sekeliling meja makan yang bersaiz XXL, muat untuk 12 orang makan didalam satu meja.  Kesemua ahli keluarga Dato Zikri berada bersama-sama menikmati sarapan pagi bersamanya kecuali lelaki yang berjaya membuatkan dirinya pengsan dikhalayak ramai semalam.

Wah, specialnya breakfast kita pagi ni. Siapa yang masak? Mesti ibu, betul tak?”

Pandangan Yaya terus meliar ke tingkat atas villa Dato Zikri. Hampir tersembur susu yang diminum oleh Yaya setelah melihat lelaki yang itu memulakan langkah untuk turut serta bersarapan pagi bersamanya.

Hai, nama I Izam.”

Izam? Bukan ke nama dia Fendy?”

Siapa sebenarnya lelaki yang bernama Izam ini? Adakah dia lelaki yang pernah berada didalam hati Yaya? Nantikan episode seterusnya malam ini ataupun esok.

6 comments:

fatiniathirah said...

oooooo,, then?

mlm or esok? mlam ni laaa ^^

AyiLarimA said...

Insyaallah, akak akn cuba updated malam ni.. thanx cox sudi baca :)

WuMing said...

Hmm.. nama lain laa pula... mereka jumpa tima mana plak?

AyiLarimA said...

tunggu smbungan cter ni ye..
:)

Ezad Skytech said...

wahh..makin menarik ni...dari mula sampai habis tak skip2 baca pun..best3...nak tunggu sambungan ni..:)

AyiLarimA said...

Ezad Skytech : mekasih sebab sudi baca. hehe, insyaallah nanti Mira sambung ye. :)