Tuesday, December 6, 2011

Tips Memikat Hati Si Gadis Manis

Kepada jejaka idaman malaya sekalian,
Ini ada sedikit tips ataupun panduan untuk anda memikat hati seorang wanita.
Tapi andai kata anda, kaum lelaki yang nak cuba tips ni,
pastikan anda belum berpunya la ye.
Kalau dah ada pun boleh juga tapi tahu la akibatnya nanti kalau cuba dekat perempuan lain.


Jangan Selalu Menuruti Kehendak Wanita
Lelaki harus ada sedikit imej agar sentiasa tampil bersahaja di hadapan wanita. Jangan tunjuk bahawa anda sangat sukakannya. Padahal, kalau boleh, segala keinginannya ingin anda turuti. Anda buat wajah selamba dan sudah pasti wanita menjadi tidak tentu arah. Buatkan diri anda seperti seorang yang misteri. Kalau tidak percaya, cuba anda jarang berjumpa atau menelefonnya. Pasti dia tidak senang duduk dibuatnya. Jadi, dengan cara ini, rasa ingin tahu dirinya akan bentambah dan dia akan mencari jalan untuk mengenal diri anda dengan lebih rapat lagi.





Jangan Terlalu Rapat
Jangan pula anda terlalu akrab dan rapat dengannya. Ini kerana jika anda terlalu rapat dan sering berjumpa, perasaan kasih dan sayang itu akan menjadi biasa dan tiada lagi satu perasaan lain seperti berdebar-debar atau tertunggu-tunggu kedatangannya. Atau merasakan kehadirannya sudah seperti biasa.

Sibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti dan sekali sekala barulah tonjolkan diri. Biar si dia yang tercari-cari anda dan menunggu kedatangan anda. Ingat, jangan tunjukkan sangat yang anda suka kepadanya. Biar dia dahulu yang menunjukkannya.




Jangan Terlampau Yakin
Anda jangan terlampau yakin bahawa wanita sentiasa memerhatikan anda dek kerana ketampanan anda. Mungkin dia memandang kerana anda berpenampilan luar biasa atau anda berlainan di kaca matanya. Jangan cepat terperasan dengan menyangka wanita itu terus terpikat pada anda. Mana tahu, dia sekadar melihat kosong sahaja. Anda perlu berlagak biasa tetapi dalam masa yang sama memancingnya agar menghampiri anda. Pendekatan anda amat penting dalam menentukan berjaya atau tidak penjumpaan anda pada hari itu.




Buat Kejutan
Wanita sememangnya mengimpikan sesuatu yang diangan-angankannya. Wanita juga kuat berangan lebih-lebih lagi jika ia melibatkan perasaan dan hati. Kalau boleh, angan-angannya agar ada sang putera menyuntingnya dengan cara yang cukup romantis.

Anda boleh mengambil kesempatan ini dengan memberinya hadiah lebih-lebih lagi bunga. Bunga dan wanita memang tidak boleh dipisahkan. Kalau tidak boleh banyak, tiga kuntum sahaja sudah memadai. Tetapi jangan tonjolkan sangat bahawa anda terlalu suka kepadanya dengan memberikan bunga. Buat muka selamba dan kawal perasaan suka anda itu. Tunjukkan anda tidak terlalu ghairah untuk memberikannya bunga. Dengan cara begini, anda akan melihat si dia akan menumpukan perhatian pada anda tanpa anda sedari.


Lain-lain Tips
  1. Pada zaman yang penuh dengan teknologi serba canggih ini, gunalah segala kemudahan untuk bertanya khabar, sekurang-kurangnya 2 kali sehari. "Hai, sihat ke, dah makan atau belum". Jangan terlampau kedekut masa untuk si dia. Gunakanlah segala kemudahan yang ada sebaik mungkin. Dengan cara ini si dia tahu bahawa anda sangat prihatin dengan dirinya.
  2. Berkongsilah masalah dengan si dia dan cuba dengar pendapat dan nasihat dari si dia. Sekurang-kurangnya si dia merasakan dirinya sangat penting buat anda.
  3. Wanita sangat terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin bersama-sama "spent time" dengan anda. Jadi luangkanlah sedikit masa buat si dia. Anggaplah itu satu masa yang sangat istimewa buat anda berdua. Layanlah si dia sebaik mungkin sehingga si dia benar-benar gembira dan bahagia bersama anda.
  4. Berbincanglah sekiranya anda berdua mempunyai masalah besar mahupun kecil. Dengan cara ini hubungan anda berdua akan lebih erat dan saling memahami antara satu sama lain.
  5. Cuba anda fahami dan mengetahui kemahuan dan keinginan si dia. Sesetengah wanita tidak gemar berterus-terang tentang apa yang mereka ingin katakan, mereka sering berkias dan memberi contoh tentang sesuatu yang berkaitan dengan diri mereka. Jadi, anda haruslah peka dan cuba memenangi hati mereka.
  6. Harus diingatkan, wanita juga mempunyai sifat ego disebalik sifat lemah lembut dan sopan-santun mereka. Apabila mereka mula rasa tercabar maka lahirlah perasaan marah, cemburu dan merajuk. Masalahnya akan timbul kerana wanita lebih gemar memendam perasaan dan mungkin mereka akan MELETUP apabila keadaan semakin renggang. Anda haruslah lebih bersifat profesional dan membimbing si dia supaya perasaan yang negatif ini dapat dikawal dan cepat reda.
  7. Anda juga harus bersabar, bersikap lebih bertoleransi, dan gunakan cara berkomunikasi walau dalam apa jua keadaan. 

Jadi kepada anda yang sedang mencari teman sehidup semati, cuba laa tips ini.
Insyaallah suatu hari nanti anda akan jumpa Si Dia yang dimaksudkan.
Kepada yang sememangnya sudah berpunya, 
hargailah Si Dia selagi Si Dia menyayangi dan menghargai anda.

*Kredit untuk macam-macam 2.comfreewebs.

4 comments:

Dunia Realiti a.k.a Elih said...

Banyaknya tips, semua boleh pakai lah hehe

AyiLarimA said...

hahaha, banyak ke ?
nanti Elih guna laa tips2 ni keh..
:D

fendi said...

dah cube dah x berkesan....wanita lebih jual mahal.....bile aq cube dorng ckp bajet jerk...ape ke bendenye...~~,
susah nak tau isi hati orng.....papepun berserah jer lah.....bagi yg dat tue dah kira ber tuah.....yg belum tue banyaklah berdoa macam aq nie haisshhh......~~,

fendi said...

x berkesan pun....dah cube pastu orng tue cakap ceh bajet jer....apekahheee tue...~~,