Wednesday, June 12, 2013

Jom Bersenam Di Rumah

Assalamualaikum,
Hai pembaca blog. Mari kita sihatkan diri kita dengan 
BERSENAM
Bukan susah untuk kita kelihatan sihat & langsing.
Kita hanya perlu rajin & tidak mudah untuk berputus asa dalam menjalani aktiviti seperti ini.
Bersenam bukan sahaja boleh dilakukan di padang ataupun gym, tapi boleh juga dilakukan di rumah.



Mari, kita mulakan "step by step" : 
  1. Pastikan persekitaran kamu lapang dan tidak serabut dengan perabot.
  2. Kelebihan bersenam di rumah, kamu tidak perlu risau tentang penampilanmu. Namun, pakailah pakaian yang selesa, tidak mudah terkoyak, stretchable dan mudah menyerap peluh.
  3. Pasangkan CD muzik seperti lagu-lagu Beyonce atau Shakira yang rancak dan bertenaga.
  4. Sekiranya kamu tidak tahu langkah-langkah senaman yang perlu kamu lakukan, apa kata kamu pasang video senaman. Ia bukan sahaja menyeronokkan malah membuatkan kamu lebih bersemangat untuk melakukan senaman.
  5. Biarkan diri kamu cool down dahulu sebelum kamu mandi dan membersihkan diri. Nah, kamu pasti kelihatan lebih berseri dan menawan selepas melakukan senaman.

*Sumber dari : Remaja Karangkraf

No comments: