Wednesday, September 21, 2011

Tun Dr. Mahathir Disambut Meriah

Assalamualaikum,
Selamat Malam buat semua blogger.
Syukur, Alhamdulillah Mira masih lagi bernafas sehingga kini.
Maaf sangat-sangat sekiranya ada yang tertunggu-tunggu latest update dari Mira.
Mira tersangatlah penat hari ini.

Nak tahu sebab apa?
Warga Facebook mungkin dah tahu apa yang terjadi dalam masa satu hari ini.
Tapi Mira nak ceritakan juga untuk warga blog pula.
Apa yang terjadi seharian ini?

Mira sangat teruja plus gembira sangat-sangat sebab hari ini Mira dapat bersua muka dengan Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4.
Syarahan Perdana Za’ba” anjuran pihak UPSI
Mesti ramai yang tak percaya kan? Percaya atau tak, itu semua dah terjadi pada hari ini.
Nak tengok bukti ke baru nak percaya?
Okey, ini buktinya
(ini bukti yang kukuh dan sahih)


..................................................................................................................................................................

Banyak dugaan yang terpaksa Mira dengan teman-teman yang lain lalui hari ni.
Bayangkan kami semua orang pertama yang sampai dulu dan duduk dalam Auditorium UPSI, tiba-tiba lepas semua orang sampai kami terpaksa tukar tempat !
Tempat duduk yang kami pilih memang betul-betul menghadap tempat duduk Tun Dr. Mahathir.
Memang sakit hati plus and plus laa dibuatnye.
OmG, teramatlah marah rasa nye !

Adik tukar tempat boleh, dekat atas lagi best!”

Ehh, ingat kami ni budak-budak darjah 3 ke apa nak cakap macam tu?
Sabar jela~

Muka penuh kesabaran.
Padahal hati tengah panas !
Nasib baiklah kakak yang suruh kami tukar tempat tadi tu minta maaf,
Lastly kami dapat tempat yang “agak selesa” laa jugak dan “memang nampak” sangat muka Tun Dr. Mahathir.

Kita lupakan pasal tekanan apa semua.
Dalam satu jam setengah Tun Dr. Mahathir beri syarahan tentang isu yang dikemukakan.
Bila dengar Tun bercakap, Mira tak aspect yang Tun dah menjangkau umur 86.
Seriusly, Tun sangat bersemangat dan segala ucapan yang dikatakan sangat member impak kepada Mira dan termasuklah kita semua.
Tun Dr. Mahathir sangat disegani oleh semua masyarakat dan beliau merupakan pemimpin yang berani menentang kuasa-kuasa Barat
Ye, kata-kata  itu masih Mira ingat sampai sekarang.
Tun sangat peramah orangnya, murah dengan senyuman, tidak banyak bercakap dan kuat bekerja.
Bukan senang kita nak bersua muka dengan seorang pemimpin yang mempunyai semangat yang tinggi walaupun umurnya sudah mencecah 87 tahun.
Anda semua mesti nak tengok dan lihat sendiri suasana dimana Mira dan teman-teman bergamba dan beramah mesra dengan Tun Dr. Mahathir, betul tak?
Ini dia gamba-gambanya :

Baru selesai syarahan.
Berebut-rebut orang nak minta tandatangan dari Tun Dr. Mahathir.
Mira sempat tangkap gambar saja.

Menjamu selera bersama Tun Dr. Mahathir.
Senyum tak perlu kata apa-apa.

Tun sempat berbual-bual dengan tetamu VIP yang lain.
Tak tahu laa bincangkan tentang apa.

Ini dia, nampak tak Mira tengah tersenyum lebar?
Teruja tau, dapat tandatangan dari Tun.

Tetamu yang lain pun dapat tandatangan plus bergambar dengan Tun.
Semua seronok !

Kacak dan bergaya Tun Dr. Mahathir.
Walaupun dah lanjut usianya.

Tun diarak keluar dari tapak jamuan makan.
Masing-masing nak minta tandatangan.
Takut tak sempat, hehe.

Tun Dr. Mahathir sangat relax orangnya.
Walaupun panas, masih steady lagi. haha

Ini masa Tun dah dekat dengan Mira.
Mira sempat salam tangan Tun Dr. Mahathir,
Sangat teruja, berdebar-debar dibuatnya.

Lambaian dari Tun.
Sangat sedih masa ni.
:'(

Dengan banner pun jadilah.
haha.
Abaikan gambar ini.
.............................................................................................................................................................

.....Tun ada meninggalkan wasiat bagi kita masyarakat Malaysia dan wasiat tersebut akan dibuka dan dibaca apabila sudah sampai tahun 2020. Jika kita dipanjangkan umur, kita akan tahu apa wasiat yang dibuat untuk kita semua...

(Sekarang, Penggunaan bahasa formal amat dititikberatkan)


Tuesday, September 20, 2011

Menu Pagi Ini

Assalamualaikum, 
Selamat Pagi buat semua blogger girls and boys.

Macam mana keadaan you all hari ni?
Baik-baik je kan?
Syukur alhamdulillah kalau anda semua sihat-sihat belaka.

Simple breakfast
Ala-ala dalam hospital gitu
Sudah makan atau belum?
(Macam orang seberang laa pulak)
Breakfast apa semua pagi ni?
Ada tak yang breakfast macam Mira pagi ni?
Ala-ala western, bak kata sNz tadi

Nampak sedap je kan menu breakfast dekat atas ni.
Ala-ala breakfast dekat hotel.
Rindu laa suasana macam ni.
Bila makan kena ingat-ingat juga tau.
Jangan main makan je,
Pastikan makanan kita tu berkhasiat.
Bak kata doktor pakar makanan
"Makan mengikut piramid makanan"


Makanlah selagi anda mampu untuk menyuap sendiri makanan didalam mulut anda.
Tapi, beringat-ingat juga sebelum makan.
Pesanan dari pembantu doktor pakar makanan.

Friday, September 16, 2011

Cara-Cara Mengawal Marah


Dalam kehidupan seharian, pasti kita berhadapan dengan perkara-perkara yang membangkitkan kemarahan. Kita juga sering menghubung-kaitkan marah ini sebagai satu perkara yang negatif.

Ternyata Islam juga mencela sikap marah sebagaimana firman Allah: (Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) – perasaan sombong angkuh secara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada kalimah takwa, sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan kalimah takwa itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Fath: 26)
Lihatlah bagaimana Allah s.w.t. mencela keangkuhan golongan kafirun terhadap golongan yang beriman yang mana ia timbul akibat kemarahan mereka terhadap ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. yang telah menyerang institusi keagamaan, masyarakat dan sosial mereka.
Kebaculan
Sementara itu, Allah juga memuji sifat tenang dan tenteram yang telah dikurniakan kepada golongan mukminin. Ternyata menerusi ayat ini sifat marah dinilai secara negatif. Namun begitu adakah Islam ingin membasmi sifat marah secara total?
Sebelum itu mari kita lihat jenis-jenis manusia berkaitan dengan sifat marah :
  • Golongan PertamaTafrith
Iaitu mereka yang langsung tidak memiliki sifat marah. Apa jua yang berlaku disekelilingnya maka dia langsung tidak menunjukkan perasaan marah. Manusia jenis ini sama sekali tidak memiliki sikap pembelaan terhadap kebenaran. Dia tidak terasa tersinggung apabila agamanya diinjak-injak oleh musuh-musuh Islam. Sedangkan Rasulullah s.a.w. yang terkenal dengan sikap tawaduk tetap mempertahankan maruah agama dengan menentang musuh-musuhnya sekiranya perlu.
Firman Allah: Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). (al-Fath: 29)
Golongan jenis ini juga apabila terjadi perlanggaran terhadap kehormatan diri mahupun ahli keluarganya maka dia akan menghadapinya dengan sikap yang penuh kebaculan dan terlalu merendah diri. Sedangkan Islam melihat perlunya sikap cemburu demi untuk melindungi kehormatan ahli keluarganya.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya dia (Sa’ad) adalah seorang yang kuat cemburunya dan saya adalah lebih kuat cemburunya (berbanding dengan Sa’ad), dan Allah adalah lebih cemburu lagi daripada saya (iaitu sekiranya Dia melihat hamba-Nya melakukan perbuatan maksiat). (Riwayat Muslim)
Jelas di sini sifat tafrith atau langsung kehilangan sifat marah adalah tercela di sisi syarak.
  • Golongan kedua: Ifrath
Iaitu mereka yang tidak dapat mengawal perasaan marah lalu bersikap berlebih-lebihan sehingga hilang pengawalan akal yang waras terhadap dirinya.
Golongan seperti ini akan berteriak dengan suara yang kuat serta mengeluarkan kata-kata kasar lagi kesat. Ada kalanya sehingga menyebabkan terjadinya pukul-memukul ataupun amukan yang dahsyat sehingga terjadi pertumpahan darah.
Marah yang tidak dapat dikawal juga dapat membentuk perasaan dendam, benci dan dengki sehingga mendorongnya untuk melakukan pembalasan terhadap orang yang dimarahinya.
Disebabkan buruknya akibat sifat marah yang melulu ini maka Rasulullah s.a.w. amat menitikberatkan agar perasaan itu dikawal dengan baik. Apabila seorang sahabat meminta nasihat daripada Baginda s.a.w, lantas Baginda bersabda: Jangan marah. Kemudian sahabat tersebut mengulangi permintaannya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi baginda menjawab: Jangan marah. (Sahih al-Bukhari, hadis no: 6116).
Allah juga memuji mereka yang dapat mengawal perasaan marah melalui firman-Nya dalam surah Ali-Imran: 133-134)
Di antara cara mengawal perasaan marah sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. adalah :
  1. Mengucapkan Ta’awudz (A’udzu billahi minasy syaithoonir rajeem – Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.
  2. Diam atau tidak berbicara.
  3. Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.
  4. Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah
  • Golongan ketiga: I’tidal
Iaitu golongan yang bersikap sederhana di antara tafrith dan ifrath. Mereka tidak menghilangkan sikap marah secara total tetapi hanya akan marah dalam situasi yang bersesuaian. Akal juga masih menguasai dirinya dan mereka sentiasa mengikuti batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.
Kehormatan
Kemarahan yang tergolong dalam kategori terpuji adalah kemarahan yang timbul hanya kerana menurut perintah Allah dan untuk membela agama Islam serta umatnya.
Oleh itu hendaklah kemarahan yang ada dalam jiwa seorang muslim itu bertindak untuk menolak gangguan orang lain terhadap kehormatan dirinya, keluarganya serta umat Islam keseluruhannya dan menghukum mereka yang ingkar kepada perintah Allah.
Firman Allah: Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman. Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendaki-Nya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (al-Taubah: 14-15)
Di antara sifat Rasulullah s.a.w. ialah Baginda tidak menunjukkan kemarahan dan melakukan pembalasan hanya kerana kepentingan peribadinya. Segala kemarahannya adalah kerana mempertahankan hukum-hukum Allah.
Saidatina Aisyah r.a. telah meriwayatkan bahawa: Dan tidaklah baginda membalas dengan hukuman untuk (membela) dirinya di dalam sesuatu sama sekali kecuali jika perkara-perkara yang diharamkan Allah dilanggar, maka baginda akan membalas dengan hukuman terhadap perkara itu kerana Allah. (Riwayat Bukhari)
Apakah yang dapat kita simpulkan tentang sifat marah ini? Sekiranya sifat marah itu hilang sama sekali dalam jiwa seseorang maka ia termasuk dalam perbuatan yang tercela dan menunjukkan ciri-ciri seorang insan yang lemah pegangan agamanya, penakut, lemah imannya dan kurang cintanya terhadap agama Allah.
Begitu juga sifat marah yang berlebih-lebihan tanpa batasan ia juga mengundang bahaya serta boleh menimbulkan suasana yang kacau-bilau. Oleh itu, sekalipun sifat marah itu perlu ada pada diri seseorang tetapi ia sentiasa diarahkan kepada perkara yang kena pada tempatnya. Dikawal oleh akal yang bijaksana dan batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.
Inilah sikap pertengahan yang adil lagi terpuji malah ia merupakan ciri-ciri umat Nabi Muhammad s.a.w. iaitu umat yang bersikap penuh kesederhanaan dalam semua perkara. Firman Allah: Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil (pertengahan), supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (al-Baqarah: 143)
Oleh itu sewajarnya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengamal sifat marah yang i’tidal ini.
Sumber dipetik dari : Mutiara Hati*

Sayang Malaysia

Assalamualaikum, 
Selamat Malam buat semua blogger girl and boys.

Hari ni semua rakyat Malaysia cuti kan?
Memang laa, siapa pulak yang kerja hari ni.
Disebabkan semua rakyat Malaysia cuti, 
Mira pun cuti jugak !
Hahaha, apa-apa jela.


Mira just nak tulis :
Selamat Hari Malaysia.
Sayang Tanah Airku !
Tanpa ada bumi Malaysia, 
Dimana Mira nak tinggal?
For you all, cintailah bumi kita Malaysia.
Jangan nak lupa daratan pula, 
Janganlah nak agung-agungkan sangat budaya-budaya Barat yang entah merepek-repek tu.
Malaysia penuh dengan budaya, adat resam yang unik.
Lebih baik kita agung-agungkan negara kita !
Tanah Air kita !


Semoga negara kita akan terus aman dan harmoni.
Sama-sama kita membudayakan negara kita, Malaysia !