Wednesday, September 21, 2011

Tun Dr. Mahathir Disambut Meriah

Assalamualaikum,
Selamat Malam buat semua blogger.
Syukur, Alhamdulillah Mira masih lagi bernafas sehingga kini.
Maaf sangat-sangat sekiranya ada yang tertunggu-tunggu latest update dari Mira.
Mira tersangatlah penat hari ini.

Nak tahu sebab apa?
Warga Facebook mungkin dah tahu apa yang terjadi dalam masa satu hari ini.
Tapi Mira nak ceritakan juga untuk warga blog pula.
Apa yang terjadi seharian ini?

Mira sangat teruja plus gembira sangat-sangat sebab hari ini Mira dapat bersua muka dengan Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4.
Syarahan Perdana Za’ba” anjuran pihak UPSI
Mesti ramai yang tak percaya kan? Percaya atau tak, itu semua dah terjadi pada hari ini.
Nak tengok bukti ke baru nak percaya?
Okey, ini buktinya
(ini bukti yang kukuh dan sahih)


..................................................................................................................................................................

Banyak dugaan yang terpaksa Mira dengan teman-teman yang lain lalui hari ni.
Bayangkan kami semua orang pertama yang sampai dulu dan duduk dalam Auditorium UPSI, tiba-tiba lepas semua orang sampai kami terpaksa tukar tempat !
Tempat duduk yang kami pilih memang betul-betul menghadap tempat duduk Tun Dr. Mahathir.
Memang sakit hati plus and plus laa dibuatnye.
OmG, teramatlah marah rasa nye !

Adik tukar tempat boleh, dekat atas lagi best!”

Ehh, ingat kami ni budak-budak darjah 3 ke apa nak cakap macam tu?
Sabar jela~

Muka penuh kesabaran.
Padahal hati tengah panas !
Nasib baiklah kakak yang suruh kami tukar tempat tadi tu minta maaf,
Lastly kami dapat tempat yang “agak selesa” laa jugak dan “memang nampak” sangat muka Tun Dr. Mahathir.

Kita lupakan pasal tekanan apa semua.
Dalam satu jam setengah Tun Dr. Mahathir beri syarahan tentang isu yang dikemukakan.
Bila dengar Tun bercakap, Mira tak aspect yang Tun dah menjangkau umur 86.
Seriusly, Tun sangat bersemangat dan segala ucapan yang dikatakan sangat member impak kepada Mira dan termasuklah kita semua.
Tun Dr. Mahathir sangat disegani oleh semua masyarakat dan beliau merupakan pemimpin yang berani menentang kuasa-kuasa Barat
Ye, kata-kata  itu masih Mira ingat sampai sekarang.
Tun sangat peramah orangnya, murah dengan senyuman, tidak banyak bercakap dan kuat bekerja.
Bukan senang kita nak bersua muka dengan seorang pemimpin yang mempunyai semangat yang tinggi walaupun umurnya sudah mencecah 87 tahun.
Anda semua mesti nak tengok dan lihat sendiri suasana dimana Mira dan teman-teman bergamba dan beramah mesra dengan Tun Dr. Mahathir, betul tak?
Ini dia gamba-gambanya :

Baru selesai syarahan.
Berebut-rebut orang nak minta tandatangan dari Tun Dr. Mahathir.
Mira sempat tangkap gambar saja.

Menjamu selera bersama Tun Dr. Mahathir.
Senyum tak perlu kata apa-apa.

Tun sempat berbual-bual dengan tetamu VIP yang lain.
Tak tahu laa bincangkan tentang apa.

Ini dia, nampak tak Mira tengah tersenyum lebar?
Teruja tau, dapat tandatangan dari Tun.

Tetamu yang lain pun dapat tandatangan plus bergambar dengan Tun.
Semua seronok !

Kacak dan bergaya Tun Dr. Mahathir.
Walaupun dah lanjut usianya.

Tun diarak keluar dari tapak jamuan makan.
Masing-masing nak minta tandatangan.
Takut tak sempat, hehe.

Tun Dr. Mahathir sangat relax orangnya.
Walaupun panas, masih steady lagi. haha

Ini masa Tun dah dekat dengan Mira.
Mira sempat salam tangan Tun Dr. Mahathir,
Sangat teruja, berdebar-debar dibuatnya.

Lambaian dari Tun.
Sangat sedih masa ni.
:'(

Dengan banner pun jadilah.
haha.
Abaikan gambar ini.
.............................................................................................................................................................

.....Tun ada meninggalkan wasiat bagi kita masyarakat Malaysia dan wasiat tersebut akan dibuka dan dibaca apabila sudah sampai tahun 2020. Jika kita dipanjangkan umur, kita akan tahu apa wasiat yang dibuat untuk kita semua...

(Sekarang, Penggunaan bahasa formal amat dititikberatkan)


6 comments:

Eazy Izzuddin said...

okay lah tu..
at dapat jumpa beliau..
=D

Jom Join MyContest =) : Contest Annouced! Mak Aih! Contest Blog Eazy Izzuddin ?!

AyiLarimA said...

Yes, bertuah kan Mira?
haha..
k, nanti Mira join ye :)

L said...

hahah.. jadila...

dah semayang belom??
http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/6-jahanam-1.html

Shukri Mohd Ali said...

hehehe. dah pernah jumpa dah. twice :P

pheeuuwww. kirim salam sama kawan2.

AyiLarimA said...

L : ape yg jadilah nye??
huhuhu, semestinya sudah solat..
:)

AyiLarimA said...

Shukri : haha, nak menang jugak ye abg ni? insyaallah nanti Mira krimkan salam abg tu kt kawan2 sume :)