Sunday, August 7, 2011

My 1st contest, let's join it together-gether


Pengumuman:
Dalam sejarah, Mira buat contest.
Tak percaya ke? 

Ini adalah entry copy paste dari seorang kenalan baru Mira.
Memang menarik contest ni, lagipun sekarang ni memang 
TERLAMPAU BANYAK CONTEST
 yang dianjurkan oleh blogger girl and blogger boy.
Jom join beramai ramai.

Syarat penyertaan:

1. beragama Islam
2. menyempurnakan rukun Islam yang mampu dilakukan dan
percaya kepada rukun Iman

Kelayakan sebagai pemenang:

1. berpuasa penuh di bulan Ramadhan termasuk menahan diri dari makan dan minum
serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa selagi mampu dan tidak uzur


2. menaik tarafkan ibadah-ibadah wajib dengan berusaha sedaya upaya 
menunaikan solat di awal waktu selain menggandakan ibadah-ibadah sunat 
seperti bangun qiyam


3. bertadarus dan bertadabbur yakni membaca dan 
memahami ayat-ayat suci Al-quran
4. fesyenkan diri dengan pakaian-pakaian menutup aurat


5. lidah dibasahi dengan zikrullah manakala anggota badan dibiasakan 
dengan amalan bersedekah
6. elakkan dosa-dosa kering yang menjadi kebiasaan seperti mengumpat,
bersangka buruk dan juga elakkan pembaziran


7. Ramadhan sinonim dengan solat terawih jadi pastikan ianya dilaksanakan
8. meminta keampunan atas segala dosa-dosa yang dilakukan dan
memohon agar dijauhkan dari perbuatan maksiat


9. usaha keras untuk mengurangkan agenda-agenda lagho seperti 
berfacebook, bertwitter, beryoutube mahupun bertumblr


Keistimewaan contest:

1. anda tidak perlu menge'like' this post
2. bebas memilih untuk follow or not my blog kerana tidak terlist
 sebagai syarat penyertaan mahupun kelayakan pemenang


3. tidak perlu bersusah-payah untuk mendaftarkan diri sebagai peserta
namun anda masih boleh jadi pemenang asalkan syarat dan 
kelayakan dipenuhi dan diusahakan sebaik mungkin


4. bilangan pemenang tidak diterhadkan malah lebih ramai
lebih digalakkan dan pasti menyeronokkan.


Ganjaran kepada pemenang:

1. adalah dimaklumkan, pihak penganjur tidak akan memberikan hadiah kepada
 para peserta tetapi setiap amalan yg diusahakan akan mendapat ganjaran pahala
berkali-kali ganda dari bulan-bulan biasa


2. membersihkan diri dari dosa-dosa terdahulu kerana pada bulan
Ramadhan pintu taubat akan dibuka seluas-luasnya


3. mendidik nafsu ke arah kebaikan untuk persiapan ke bulan berikutnya 
setelah semua syaitan diikat dan hanya hawa nafsu menguasai diri


4. dan akhir sekali tidak ada yang lebih baik di bulan Ramadhan melainkan
mengecapi nikmat malam lailatul qadar



Tips menjadi pemenang:

bayangkan anda berada pada Ramadhan yang terakhir
kerana belum pasti tahun hadapan kita bakal berjumpa dengan bulan 
yang mulia ini lagi

*Jom kenal kenal dengan kenalan baru Mira (LadySyafiah)

8 comments:

Rean said...

best contest ni! :) wah! mira anjurkan contest hehe

AyiLarimA said...

hihihi.. abg ni perli ke ape ni?? :P

Anonymous said...

len yg len dr byk2 contest :)
huhuh

PEAH said...

jom kita usaha sama-sama.

Student uniSZA said...

CikMiMiey dtg mau memeriahkan contest anjuran mira ni.... good job dear , ni lah yang kita nak ! thumbs up to you lah ^^

p/s : semuanya terpulang pada kita kan ? tepuk dada , tanya IMAN !

Nizam Ijam said...

nak join!!! hehe

AyiLarimA said...

Mekasih ye semua cox support contest t'baru Mira ni.. hihi.. oppss, bukan contest Mira tapi teman baru Mira :)

Nizam, cik Mimiey, Peah, & Farah. Thanx a lot guys :)

Rean said...

hehe nak tgu second contest :D