Tuesday, October 18, 2011

Ceritera Cinta Lensa di Kaki Lima



Malam sendu menemani hariku. Terasa baru semalam kita bertemu, ohh kasihku kembalilah kau kembali kepadaku.”

Sedang asyik Yaya mendengar rentak lagu dan irama klasik yang tersenarai didalam Iphone 4 nya, terdengar suatu panggilan manja yang memanggilnya.

Yaya, ohh Yaya sayang. Kemana budak ni, dari tadi mama panggil kenapa tak jawap?”

Yaya berlari keanak-anakkan ke arah bilik tidur utama yang berada tidak jauh dari kamar tidurnya. Hanya beberapa langkah, setapak demi setapak Yaya melangkah lembut.

Yes, mom. I’m coming!”

Malam ini kita ada jemputan perkahwinan anak kawan mama. Mama nak Yaya bersolek cantik-cantik malam ini ya. Mama nak kenalkan Yaya dengan anak Dato Zikri, dia baru pulang dari England, kacak bergaya rupa parasnya, baik berbudi bahasanya, tahu menghormati orang tua. Mama berkenan sangat dengan anak Dato Zikri yang mama maksudkan. Secocok sangatlah kalau digandingkan dengan anak mama yang manja ni.”

Kalau mama berkenan, mama saja laa yang berkenalan dengan dia. Yaya tak mahu laa mama. Yaya benci lelaki !

Nada suara Yaya sedikit meninggi. Oleh sebab itu, terputus seketika perbualan mereka anak beranak.

Mama yang kebingungan menelan sahaja kepahitan kata-kata anak tunggalnya yang sememangnya manja sejak kecil. Terus mama bersiap-siap untuk menghadiri jemputan dari Dato Zikri.

Yaya berbaju kurung berwarna biru muda, disarungkan tudung bawal di kepalanya, serta bersolek tidak terlalu tebal ataupun nipis. Berkasut tumit tinggi, berbatu permata, intan berlian, berkilau-kilauan.

Tepat jam 8.30 malam mama dan Yaya bertolak dari Villa mereka yang tersergam indah di Bandar Tasik Titiwangsa. Lampu-lampu berkedipan, berwarna-warni, pelbagai bentuk dan rupa.

Sungguh nyaman dan indah malam ini.”

Yaya berkata sendiri.

Assalamualaikum.”

Waalaikumsalam, masuklah. Sampai juga Datin Non dirumah kami ya. Ingatkan Datin tersesat tadi.”

Mereka tertawa bersama-sama sehingga suatu ketika Yaya terlihat kelibat seorang pemuda yang mengingatkan dia kepada seseorang. Lelaki tersebut turut berbaju Melayu berwarna biru muda, kacak dengan gaya Kemelayuannya, bersampin dan bersongkok tidak salah seperti seorang Lelaki Melayu terakhir.

Siapa yang aku nampak sebentar tadi? Mungkinkah dia ....? Mungkin tidak, dia dah lama hilang dalam sejarah hidup aku. Please stop thinking about him, Yaya !”

Yaya mula berteka-teki sendirian. Lamunannya terhenti dek kerana sapaan dari seseorang gadis cilik yang sangat manis berbaju kebaya nyonya.

Ini Yaya bukan? Yaya kenal I lagi tak, ini Mimie teman Yaya masa dekat Universiti Oxford dulu. Ingat lagi tak?”

Mimie? Mimie anak Dr. Aminuddin ya? Yes, I kenal you laa dear. Rupa you tak berubah laa, still sama macam dulu, kecil molek, still ketot saja ya.”

Mereka tertawa bersama-sama tanpa menghiraukan tetamu yang hadir disekeliling mereka. Bercerita kisah silam berjam-jam lamanya sehingga terlupa tentang perkara yang dikatakan oleh mama nya sebentar tadi.

Irama blues berbunyi sedikit perlahan digegendang telinga Yaya dan Mimie.

Hello mama, mama dekat mana ni? Yaya dengan Mimie dekat tepi swimming pool ni, tengah chit chat, gossip girl. Mama nak join sekali ke?”

Anak mama ni, ada-ada saja laa. Ini mama nak Yaya masuk ke Villa Dato Zikri sebentar, ingatkan mama nak kenalkan Yaya dengan someone?”

Yaya menuruti sahaja kemahuan mama nya, lalu memulakan langkah longlai serta lemah lembut ke dalam Villa yang dua kali lebih besar dari Villa kedua ibu bapanya. Berdebar-debar rasa dihati Yaya, segala perasaan bercampar baur, berteka-teki lagi Yaya keseorangan. Yaya hanya redha serta bertawakal sahaja sekiranya mama menginginkan dirinya dikahwinkan dengan pemuda yang sering disebut-sebut.

Langkah Yaya terhenti.

Kompang dipalu, pengantin malu, duduk bersanding tersipu malu~”

Perarakan pasangan pengantin yang dinanti-nanti tiba di perkarangan Villa Dato Zikri. Sedondon berbaju biru turquoise, indah wajah pengantin perempuan, segak bertengkolok pengantin lelaki. Yaya hanya tersenyum seorang diri disebalik meja-meja makan tetamu jemputan khas. Mimie yang sibuk dengan lensanya asyik mengambil scene-scene romantis pasangan pengantin sejak tadi.

Setelah selesai majlis  perkahwinan,

Kenalkan ini Dato Zikri, teman arwah papa Yaya. Dato Zikri banyak bantu papa dalam uruskan hal perniagaan papa dekat oversea dulu. Ini pula Datin Linda, isteri Dato Zikri. Datin ni teman mama masa zaman kindergarden lagi. Almaklumlah, teman rapat mama sejak kecil sampai tua still sama-sama.”

Terdengar suara ahli keluarga Dato Zikri bergelak ketawa diruang tamu yang dihiasi perabot jati, rekaan dalaman yang direka khas oleh interior design terkenal, Eric Leong serta perhiasan dalaman yang diimport khas dari luar negara.

Yaya sedikit kekok dengan keadaan disekelilingnya, akan tetapi dia tidak menunjukkan riak muka yang agak menjengkelkan. Bahkan dia turut bersembang dan bersuai kenal dengan ahli keluarga Dato Zikri.

Tiba-tiba dari jauh Yaya terdengar suara seseorang yang amat dikenalinya.

Ibu panggil Zam ke tadi..?

Yaya menoleh ke belakang, lalu ...

Ya Allah, bukan ke dia ...?"




....................................................................................................................................................................

*Sambungannya A1 serahkan kepada anda semua yang sememangnya mempunyai idea yang sangat BRILLIANT. Sekiranya tiada fedback yang memberansangkan, A1 akan sambung cerita ini esok. Tunggu..

3 comments:

Ezad Skytech said...

baru je tengah feeling2 nak baca...ada sambungan pulak..kena tunggu ni...heee~

haa..sape Zam tu ye..? hee~

fatiniathirah said...

THEN??

best2,,, smbungan please?? :D

L said...

tak sabar tggu besok.. hehehhe.. xreti nk sambung2 citer... nice one..=)

nak taw nikmat dunia? jom..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/10/6-nikmat-dunia.html