Monday, October 31, 2011

Khianat Kawan Sendiri

"Kawan makan kawan."


Mungkin itu istilah yang paling sesuai untuk katakan sekarang.
Masih ada orang yang dianggap kawan, sahabat, teman buat macam ini dekat diri kawan sendiri?
Kenapa ye kau sanggup buat macam ini dekat kawan engkau sendiri?
Banyak tanda soal yang bermain dalam fikiran sekarang.
Padahal kau pernah rasa macam mana sakitnya hati bila ada seseorang yang cuba musnahkan kebahagiaan yang dah lama dijaga dan seseorang itu adalah kawan kau sendiri.
Sakit betul rasanya, betul tak?
Tapi kenapa kau pula jadi orang yang nak musnahkan hubungan orang lain sekarang?
Kalau nak balas dendam sekali pun, tolong jangan balas dekat kawan kau sendiri.
Kau sedar ke tak apa yang kau buat sekarang?
Ke kau buat-buat tak sedar?
Ke kau memang sengaja gunakan orang yang betul-betul kawan kau ni sayang untuk kau lepaskan geram, sebab kau pernah dikhianati oleh kawan kau dulu?

Hanya satu yang nak diri ini ingatkan,
Sekali kau sakitkan hati seseorang, Allah SWT akan balas 5 kali ganda sakitnya suatu hari nanti. Tak perlu tunggu hari pembalasan, dalam dunia ni Allah akan bagi (cash).
If kau nak teruskan perangai kau yang macam (malas nak cakap), just go on laa friend.


Kepada orang yang dikhianati, bersabarlah.
Sesungguhnya Allah SWT sedang mengujimu, percayalah Allah tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan dirinya. Percayalah juga, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Bersabarlah selagi kamu mampu untuk bersabar.
Walau apa pun yang berlaku, diri ini akan tetap menyayangi dirimu dan menganggapmu seperti seperti ahli keluargaku sendiri.

Kepada you all, sekiranya you all sanggup tengok kawan you all sendiri dikhianati macam kes ini, you all buatlah. Tapi balasannya, you all akan terima nanti. Ini bukan doa, tapi ini sekadar peringatan dari Mira juga untuk diri Mira sendiri. Renung-renungkanlah wahai insan yang bernama KAWAN.

9 comments:

Unknown said...

susah nak dapat kawan yang betul berguna sebagai kawan ..

aamalinaazman said...

hargailah kawan
sekali kwn yg baik tu dtg
takkan dtg 2, 3 kali kan

khianat kawan ni agak beso
hurmm3


sory syg
lmbt smp kesini ye =)

SoLy SoLicious said...

sabar ye sayang ^^
be strong!!

AyiLarimA said...

Ini Kisah Tia : Betul tu Tia, Mira sokong sg2.. skang ni, kawan bole makan kawan. pelik3 !

AyiLarimA said...

aimie amalina : Slagi kita mmpu ntok m'hrgai, kita hrgai..
tapi bila dh jdi mcm ni, rse nye ptot ke kita hrgai dia?
Banyak da kan hal2 mcm ni jdi skang.

AyiLarimA said...

SoLy SoLicious : It's oke dear..
Thanx cox slalu ade..
:D

Anonymous said...

kawan menangis susah nk cari tot
tapi kawan gelak ketawa bersepah tepi2 jalan tu, awk fikirkanlah ~

Ezad Skytech said...

hargai la kawan tu...jangan la sampai orang da percaya langsung...sabar ye..

Anonymous said...

http://wanwidget.com/
kawan makan kawan menang x leh diterima, tp tgk juga alasan mereka, maybe terpaksa buat begitu