Monday, November 21, 2011

Kejuaraan Harimau Malaya

Gol !!!!!
Bergema satu stadium Indonesia, bukan stadium saja di Indonesia tapi
dapat dirasai kemeriahannya di Tanah Air kita, Malaysia.


Saat yang dinanti-nantikan.
Malaysia 2 - Indonesia 1
Akhirnya pemain bola kebangsaan kita berjaya menjaringkan gol yang terakhir.
Syukur alhamdulillah.


*Usaha yang gigih akan memberikan kita kejayaan yang ingin dikecapi.
Malaysia, TERBAIK !

Live Streaming Malaysia VS Indonesia Final



*Walaupun mood peperiksaan ada dalam diri, 
tapi bola sepak tak boleh ditinggalkan.

 Pemain kebangsaan kita hebat di padang antarabangsa
Go Malaysia !

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha, Warga Blogger

Assalamualaikum, 
Salam Aidiladha buat semua teman blogger yang beragama Islam.

Ini serba sedikit kad yang direka khas buat warga blogger.
Bukan Mira yang buat, tapi ada beberapa card designer yang kreatif lagi bijaksana.
Gerenti ramai yang ambil dari tempat yang sama kan?
Google Image.





*Semoga lebih banyak pengorbanan yang kita lakukan selepas ini.
Setiap pengorbanan, niatlah kerana Allah SWT.

Saturday, November 5, 2011

Genap 3 Tahun Kepergiannya

Sabtu, 5hb Nov 2011
Embah Mariam.
(Nenek sebelah mak)
Genap sudah kepergian salah seorang insan yang amat Mira sayangi.
Masih teringat lagi, suatu ketika dahulu semasa embah masih sihat dan kuat.
Setiap kali kami sekeluarga balik ke kampong, embah akan sediakan makanan yang banyak untuk kami.
Embah tak pernah marah, tak pernah melenting, walaupun bermacam-macam kerenah cucu serta cicitnya.

Embah ni chill je kan? Tak pernah pun nak marah-marah kita.

Itu kata-kata yang sering kami bicara ketika berkumpul dengan kaum kerabat dirumah embah.
Tapi itu semua hanya tinggal kenangan,
Kini, embah meninggalkan kami buat selama-lamanya.
Sehingga kini Mira masih ingat pesanan embah buat diri Mira.

Kamu jangan sakit-sakit lagi ye, cu.”

Kata-kata itu sempat embah pesan sebelum beberapa minggu embah meninggal dunia.
Syukur, Alhamdulillah dalam adik-beradik Mira, Mira seorang saja yang sempat jaga embah masa embah sedang sakit tenat.
Sepanjang Mira menjaga embah, embah banyak beri pesan dan nasihat.
Insyaallah Mira akan ingat sampai bila-bila semua pesanan dari embah.
Yang membuatkan diri Mira agak terkilan pabila embah menghembuskan nafasnya yang terakhir, Mira tak ada disamping embah. Hanya beberapa ibu dan ayah saudara, cicit dan juga emak Mira yang berada disampingnya ketika itu.
Ingat lagi, sebelum embah ditutup dengan kain kapan, hanya Mira sahaja cucu yang diminta untuk mencium dahi embah. Tapi Mira tak mampu untuk menahan air mata dari terus mengalir, Mira terpaksa menolak permintaan tu.
Syukur, segalanya berjalan dengan lancar ketika itu, selesai solat Jumaat, embah dikebumikan di tanah perkuburan Islam di kampong Changkat Jong.
Hanya beberapa orang sahaja yang tak sempat untuk melihat embah buat kali terakhir. Ayah, akak, kak nani, tok dan tokwan (parent ayah) 
 ...................................................................................................................................................................

Sehingga kini, emak Mira sering menyalahkan dirinya kerana terjadinya satu kejadian semasa embah Mira sudah terlantar di katil hospital.

Nanti nek datang balik ye, mak.”

Itu yang dijanjikan oleh mak Mira kepada embah. Tapi disebabkan Mira sakit teruk masa tu, mak Mira terpaksa mungkir janji dan agak terlewat untuk pulang ke kampong. Sesampainya mak ke kampong, embah sudah tidak mahu untuk berkata apa-apa kepada mak.
Ya Allah, sehingga kini bila mak mengingatkan kembali peristiwa tu, Mira akan rasa bersalah sangat-sangat. Disebabkan Mira, mak terpaksa mungkir janji mak dengan embah.
..................................................................................................................................................................

Dalam satu hari, Mira kehilangan insan yang amat Mira sayang. Kepada anda yang masih mempunyai insan-insan yang tersayang ibu-bapa, adik-beradik, hargailah mereka. Jangan abaikan mereka, jagalah mereka seperti mana mereka menjaga kita.

Al-Fatihah ~

Friday, November 4, 2011

Happy Birthday Big Boy


Selamat Ulang Tahun.
Ucapan ini khas untuk insan yang disayangi, 
Sekarang anda sudah berumur 19 tahun, sebaya dengan saya.
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Ceria, gembira, bahagia selalu disamping insan-insan tersayang.

Walaupun kita baru-baru lagi kenal, tapi banyak suka-duka kita kongsi bersama.
Awak selalu ada bersama saya bila saya sedih, marah, menangis, gembira.
Bermula dengan panggilan "Aku, Kau" berterusan ke "Saya, Awak".
Macam-macam yang kita kongsi sehinggalah panggilan ini berubah ke "Abang, Awak"

Kita kenal pun melalui "muka buku", itu pun secara tak sengaja kan?
Rasa macam lawak je, tiba-tiba kita boleh jadi rapat.
Ini semua sebab seorang jejaka yang bernama Mr. A (bukan nama sebenar)
Disebabkan dia laa kita boleh jadi rapat sampai sekarang.

Terima kasih sebab selalu bagitahu saya perkembangan Mr. A dekat sana satu ketika dulu.
Terima kasih kerana risaukan keadaan saya yang selalu sakit. 
Terima kasih sebab selalu marah bila saya taknak makan ubat.
Terima kasih banyak-banyak.


Selamat Hari Lahir.
Happy Birthday.
Azwan "Electronica"
-Abangku-

Wednesday, November 2, 2011

Batang Berasap

Weh, SANGAP siot.
Dah lama aku tak hisap ni bhai.
Bila lagi aku boleh hisap ni der?


Gerenti post entry Mira kali ni akan tersenarai sekali dalam "Carian Pornografi"
Gila betul, jangan nanti ada pulak yang fikir Mira ni gila seks pula sudah laa.
Sebenarnya Mira nak kongsikan suatu perkara yang sangat popular 
dalam kalangan kaum lelaki dalam dunia ni.
Yes, mungkin ada yang dah tahu apa yang Mira nak bincangkan sekarang.


Rokok.
Siapa yang tak kenal rokok
Dari usia budak-budak sekolah rendah sampailah golongan warga tua,
Lelaki perempuan, semuanya gerenti tahu kan?

Apa yang terkandung dalam sebatang rokok?
Ini kalau Mira tulis lagi dalam entry kali ni, mungkin ada yang cakap
"Aku dah tahu laa, tak payah laa nak bagitahu banyak-banyak kali."
So, rasanya patut atau tak Mira senaraikan apa yang terkandung dalam sebatang rokok?

Tak kira, nak bagitahu juga KANDUNGAN serta AKIBATnya sekali.

  1. CO, Tar, dan Nikotin tersebut berpengaruh terhadap saraf yang menyebabkan :
    - Gelisah, tangan gemetar (tremor) 
    - Cita rasa / selera makan berkurang 
    - Ibu-ibu hamil yang suka merokok dapat kemungkinan keguguran kandungannya 

    Tar dan Asap Rokok 
    Tar dan asap rokok merangsang jalan napas, dan tar tersebut tertimbun disaluran itu yang menyebabkan : 
    - Batuk-batuk atau sesak napas 
    - Tar yang menempel di jalan napas dapat menyebabkan kanker jalan napas, 

       
    lidah atau bibir 

    Nikotin 
    Nikotin merangsang bangkitnya adrenalin hormon dari anak ginjal yang menyebabkan : 
    - Jantung berdebar-debar 
    - Meningkatkan tekanan darah serta kadar kholesterol dalam darah, 

       
    tang erat dengan terjadinya serangan jantung 

    Gas CO (Karbon Mono Oksida) 
    Gas CO juga berpengaruh negatif terhadap jalan napas dari pembuluh darah. Karbon mono oksida lebih mudah terikat pada hemoglobin daripada oksigen. Oleh sebab itu, darah orang yang kemasukan CO banyak, akan berkurang daya angkutnya bagi oksigen dan orang dapat meninggal dunia karena keracunan karbon mono oksida.  Pada seorang perokok tidak akan sampai terjadi keracunan CO, namun pengaruh CO yang dihirup oleh perokok dengan sedikit demi sedikit, dengan lambat namun pasti akan berpengaruh negatif pada jalan napas dan pada pembuluh darah. 

Now, you all still nak hisap rokok ke?
Terutama kepada kaum lelaki, 
tapi kalau ada juga kaum wanita yang menghisap rokok.
Fikirlah !

Kalau you all tak sayangkan diri you all, fikirkanlah tentang orang yang sayangkan you all.
Family, adik beradik, kawan-kawan, saudara-mara.
Fikirlah, sampai bila you all nak dibuai asap-asap rokok yang berkepul-kepul tu?
Sampai you all terpaksa guna tong oksigen untuk bernafas, baru you all nak menyesal?


*Fikirlah sebelum berbuat sesuatu.