Friday, November 4, 2011

Happy Birthday Big Boy


Selamat Ulang Tahun.
Ucapan ini khas untuk insan yang disayangi, 
Sekarang anda sudah berumur 19 tahun, sebaya dengan saya.
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Ceria, gembira, bahagia selalu disamping insan-insan tersayang.

Walaupun kita baru-baru lagi kenal, tapi banyak suka-duka kita kongsi bersama.
Awak selalu ada bersama saya bila saya sedih, marah, menangis, gembira.
Bermula dengan panggilan "Aku, Kau" berterusan ke "Saya, Awak".
Macam-macam yang kita kongsi sehinggalah panggilan ini berubah ke "Abang, Awak"

Kita kenal pun melalui "muka buku", itu pun secara tak sengaja kan?
Rasa macam lawak je, tiba-tiba kita boleh jadi rapat.
Ini semua sebab seorang jejaka yang bernama Mr. A (bukan nama sebenar)
Disebabkan dia laa kita boleh jadi rapat sampai sekarang.

Terima kasih sebab selalu bagitahu saya perkembangan Mr. A dekat sana satu ketika dulu.
Terima kasih kerana risaukan keadaan saya yang selalu sakit. 
Terima kasih sebab selalu marah bila saya taknak makan ubat.
Terima kasih banyak-banyak.


Selamat Hari Lahir.
Happy Birthday.
Azwan "Electronica"
-Abangku-

No comments: