Sabtu, 5hb Nov 2011
Embah Mariam. (Nenek sebelah mak) |
Genap sudah kepergian salah seorang insan yang amat Mira sayangi.
Masih teringat lagi, suatu ketika dahulu semasa embah masih sihat dan kuat.
Setiap kali kami sekeluarga balik ke kampong, embah akan sediakan makanan yang banyak untuk kami.
Embah tak pernah marah, tak pernah melenting, walaupun bermacam-macam kerenah cucu serta cicitnya.
“Embah ni chill je kan? Tak pernah pun nak marah-marah kita.”
Itu kata-kata yang sering kami bicara ketika berkumpul dengan kaum kerabat dirumah embah.
Tapi itu semua hanya tinggal kenangan,
Kini, embah meninggalkan kami buat selama-lamanya.
Sehingga kini Mira masih ingat pesanan embah buat diri Mira.
“Kamu jangan sakit-sakit lagi ye, cu.”
Kata-kata itu sempat embah pesan sebelum beberapa minggu embah meninggal dunia.
Syukur, Alhamdulillah dalam adik-beradik Mira, Mira seorang saja yang sempat jaga embah masa embah sedang sakit tenat.
Sepanjang Mira menjaga embah, embah banyak beri pesan dan nasihat.
Insyaallah Mira akan ingat sampai bila-bila semua pesanan dari embah.
Yang membuatkan diri Mira agak terkilan pabila embah menghembuskan nafasnya yang terakhir, Mira tak ada disamping embah. Hanya beberapa ibu dan ayah saudara, cicit dan juga emak Mira yang berada disampingnya ketika itu.
Ingat lagi, sebelum embah ditutup dengan kain kapan, hanya Mira sahaja cucu yang diminta untuk mencium dahi embah. Tapi Mira tak mampu untuk menahan air mata dari terus mengalir, Mira terpaksa menolak permintaan tu.
Syukur, segalanya berjalan dengan lancar ketika itu, selesai solat Jumaat, embah dikebumikan di tanah perkuburan Islam di kampong Changkat Jong.
Hanya beberapa orang sahaja yang tak sempat untuk melihat embah buat kali terakhir. Ayah, akak, kak nani, tok dan tokwan (parent ayah)
Sehingga kini, emak Mira sering menyalahkan dirinya kerana terjadinya satu kejadian semasa embah Mira sudah terlantar di katil hospital.
“Nanti nek datang balik ye, mak.”
Itu yang dijanjikan oleh mak Mira kepada embah. Tapi disebabkan Mira sakit teruk masa tu, mak Mira terpaksa mungkir janji dan agak terlewat untuk pulang ke kampong. Sesampainya mak ke kampong, embah sudah tidak mahu untuk berkata apa-apa kepada mak.
Ya Allah, sehingga kini bila mak mengingatkan kembali peristiwa tu, Mira akan rasa bersalah sangat-sangat. Disebabkan Mira, mak terpaksa mungkir janji mak dengan embah.
..................................................................................................................................................................
Dalam satu hari, Mira kehilangan insan yang amat Mira sayang. Kepada anda yang masih mempunyai insan-insan yang tersayang ibu-bapa, adik-beradik, hargailah mereka. Jangan abaikan mereka, jagalah mereka seperti mana mereka menjaga kita.
Al-Fatihah ~
2 comments:
hmm .. Mira , tengok2 kan lah mak Mira .. mungkin mak Mira rasa bersalah sangat tu .. takut nanti mak Mira jadi tekanan pulak .. doa kan aje untuk arwah embah tu ye .. insyaAllah , semua baik-baik saja ..
Al-Fatihah untuk arwah ...
Alfatihahh....
Post a Comment