Thursday, June 21, 2012

Soalan Laman Sosial

Assalamualaikum, selamat petang. 
Salam 1 Sya'aban.

Hari yang dingin ditambah pula dengan tiupan angin sepoi sepoi bahasa.
Dah lama rasanya Mira tak kongsikan "Information" tentang dunia remaja kita sekarang.
Rasanya dah makin banyak laman sosial yang wujud dalam dunia siber sekarang kan?
Tak perlulah Mira nak mention-kan apa nama laman sosial tu sebab terlampau banyak.

 

Mira bukanlah nak tujukan sangat apa kelebihan mahupun kekurangan, fungsi-fungsi or whatever 
tentang laman sosial ni. Tapi tentang satu perkara yang dipandang remeh oleh kita semua.
Anda pernah perhatikan tak SOALAN apa yang sangat terkenal yang selalu diajukan 
dalam laman sosial.
What I mean is : Apabila anda berkenalan dengan seseorang melalui laman sosial.

Pernah tak anda ambil peduli semua persoalan tu?

Soalan yang sering diajukan semasa bermulanya perbualan anda :

  1. Hai, awak duduk / asal mana ?
  2. Nama penuh awak apa (walaupun dah tertera depan mata nama sebenar)
  3. Umur awak berapa. (Bila dah jawap ... ) Awak belajar lagi ke, tak pun dah kerja ?
  4. Awak sedang buat apa sekarang ni ? (tengah ber-chatting, tapi lagi tanya tengah buat apa kan?)
Soalan yang berada ditangga teratas Top 3 apabila dah lama berkenalan :
  1. Awak pakai baju apa sekarang?
  2. Awak dah ada boyfriend/girlfriend ? (Kalau jawapannya TAK ADA LAGI ... )
  3. Nak nombor "phone" boleh? 
  4. Awak sent gambar awak dekat saya boleh tak?

Lastly apabila semua SOALAN yang ditanya telah dijawap. Tinggal satu lagi soalan penting yang menjadi tanda tanya si pemberi soalan :

  1. Awak, jom kita COUPLE !

Apa tindakan anda selepas itu?
Daripada soalan-soalan ini, apa pandangan anda terhadap penyoal yang menyoal?

*Hal ini bukan saja berlaku dalam laman sosial, di dunia realiti pun sering berlaku keadaan yang sama. BETUL tak?


Nasihat Mira : 
  • Jangan mudah memberi maklumat kepada seseorang yang baru dikenali.
  • Pernah tak anda terfikir sebenarnya dalam masa beberapa minit SAHAJA banyak maklumat peribadi anda dapat diketahui oleh orang yang baru anda kenali?
  • Mereka mungkin akan mendedahkan identiti anda hanya dalam sekelip mata sahaja.
  • Tentang soalan COUPLE, anda fikirlah 2 3 4 5 6 kali sebelum nak jawap pertanyaan si dia yang bertanya ye. HAHA

No comments: