Monday, November 19, 2012

Resepi Cheesy Wedges

Selamat Pagi Dunia.
Menu sarapan apa yang jadi santapan pagi ini?

Cheesy Wedges Siprincess



Bahan-Bahan Tersembunyi :


  • Fresh wedges (frozen)
  • Serbuk cheese (boleh dibeli di kedai-kedai/supermarket)
  • Mayonis
  • Sos cili/tomato (apa-apa brand pun tak apa)
  • Keju mozarella (penambah kesedapan)
  • Air panas (untuk membancuh serbuk cheese)
  • Minyak masak (untuk menggoreng)

Wedges From Frozen

Cara-Cara Memasak :

  • Panaskan minyak kedalam kuali (saiz besar atau kecil).
  • Apabila minyak telah panas, masukkan wedges kedalam kuali.
  • Sementara menunggu wedges dimasak ranggup, bancuh serbuk cheese dengan air panas (100 darjah celcius)
Serbuk cheese yang telah dibancuh dengan air panas.


  • Setelah wedges dimasak dengan sebati, angkat wedges dan letakkan ia ke atas penapis untuk menapis lebihan minyak.
  • Akhir sekali, letakkan wedges ke dalam pinggan dan taburkan sos, mayonis, serbuk cheese ke atas wedges itu tadi.
  • Bagi menampahkan rasa cheese, boleh juga letakkan keju mozarella ke atas wedges tersebut.



Tunggu apa lagi, jom mulakan resepi yang agak "Cheesy" di pagi hari. Pasti hari-hari anda disinari dengan cheese :D

No comments: