Selamat Pagi Jumaat sekalian makhluk di dunia.
Hari ni kita akan cuba men-decorate sesuatu yang agak unik, mudah, dan sedap untuk dimakan.
Kek Batik Ala-Ala MiraLiya.
Bahan-Bahan Tersembunyi :
1 ketul cokelat masak
1 paket biskut Marie
1 tin susu pekat manis
Setengah ketul butter
Cara-Cara Membuat :
Mula-mula cairkan butter dan cokelat masak didalam bekas yang boleh didihkan.
Setelah cokelat cair, masukkan biskut Marie yang telah dihancurkan (seperti gambar di atas)
Masukkan juga susu pekat manis supaya biskut menjadi lebih manis dan sedap
Gaul hingga sebati kesemua bahan-bahan itu tadi.
Masukkan bahan-bahan tersebut kedalam bekas dan sejukkan kedalam freezer supaya ia menjadi keras.
Setelah bahan tersebut menjadi keras, potong-potong menjadi kecil dan hiaskan didalam bekas.
Inilah rupa kek batik tadi. Nampak sedap kan? |
*Selamat Menjamu selera. (Ps: Saya rindukan dia yang jauh nun disana)
No comments:
Post a Comment