Assalamualaikum.
Disebabkan sekarang dah masuk musim buah kegemaran ramai,
Mesti ada yang dah mula fikir nak pelbagai guna & rasa buah ini.
Tea Time !
Tea Time !
Awesome Durian Creepe |
Bahan-Bahan Terembunyi :
- 250g tepung gandum
- 4 biji telur
- 500ml santan (santan kotak)
- 100ml air
- 1/2 garam
- 1 penutup botol esen vanilla
- TIADA PEWARNA TIRUAN/PENGAWET YANG TIDAK DIBENRKAN !
Bahan-Bahan Filling :
- Seberapa banyak isi durian (pastikan isi durian yang belum dikobek oleh ulat durian, hehe)
- 1 cawan whipping cream (boleh dibeli di pasaraya)
Cara-Cara Penyediaan Bahan Tersembunyi :
- Campurkan kesemua bahan kedalam blender basah.
- Tapis bahan tersebut ke dalam bekas.
- Pastikan dapur anda mepunyai kuali leper (ala, kuali yang buat untuk masak lempeng, capati, tosai & dll)
- Panaskan kuali tersebut dan letakkan sedikit mentega/minyak masak.
- Tuang bahan tadi kedalam senduk kecil & masak diatas kuali.
- Setelah kelihatan kekuning-kuningan, angkat bahan tadi aKa creepe tersebut & letakkan ke atas pelapik.
Cara-Cara Penyediaan Filling :
- Pukul rata whip cream dalam mixes hingga kental
- Asingkan isi durian dengan bijinya. Lumatkan sehingga sebati
Cara-Cara Membungkus :
- Bentangkan 1 "helai" creepe
- Letakkan sedikit whip cream & isi durian diatas creepe tersebut (Ikut kuantiti juga lah nak banyak mana letaknya filling tu ye)
- Tutup creepe & lipat mengikut kreativiti anda
- Akhir sekali, simpan creepe tersebut didalam freezer (suhu jangan terlalu rendah/tinggi)
*Selamat Menjamu Selera dengan penemuan baru
(tak berapa baru sangat lahh, HAHA)
No comments:
Post a Comment