Wednesday, October 19, 2011

E-Belia Blog Contest

Hai Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera

rasanya dah lama sNz tak nyusahkan A1 kan
jadi mlm ini sNz akan berikan kepada A1 1 tugasan

Tugasan A1 ialah
menyertai

(kalau u all nk join skali boleh jugak)


Contest ini adalah bertujuan untuk mempromosikan sistem survey e-belia yang digunakan oleh Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Belia Malaysia IPPBM.  Tujuan E-Belia diwujudkan adalah  untuk menilai dan mengkaji kehendak dan segala keperluan belia di Malaysia khususnya generasi Y.
Dengan adanya sistem E-Belia ini pihak Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dapat mengenalpasti segala kekurangan yang perlu diperbaiki bagi memantapkan lagi pembangunan belia di Malaysia mengikut cita rasa belia masa kini, Oleh itu sistem ini adalah amat penting bagi membantu belia menyuarakan kehendak dan keperluan mereka melaui survey yang dijalankan seterusnya memudahkan pihak kerajaan untuk mengenalpasti dan mengkaji apa yang perlu disumbangkan kepada belia dan apa yang tidak perlu disumbangkan
Oleh itu diharap para blogger yang menyertai contest ini dapat membantu pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk menyebarkan kepentingan sistem E-Belia  ini kepada seluruh belia di Malaysia.
Syarat-syarat penyertaan adalah seperti tertera di poster diatas dan segala info mengenai e-belia boleh didapati di link berikut (E-belia portal) setiap entry akan dinilai dan pemenenang yang bertuah akan diumumkan melalu portal vyrec dan facebook SENYAP.
Bagi pendaftaran penyertaan anda hanya perlu ikuti langakah-langkah berikut:
  1. Tulis satu entry mengenai e-belia, tajuk dan cara penyampaian adalah bebas
  2. Hantarkan email kepada itym2007@yahoo.com untuk menyatakan anda menyertai contest ini dengan menyertakan butir-butir sepeerti beriku , Nama,  No kad pengenalan,  No telefon dan  link post contest.
  3. Setelah anda mengahantar butir penyertaan di email itym2007@yahoo.com anda haruslah postkan link entry anda di facebook SENYAP bagi tujuan penilaian, facebook SENYAP boleh di lawati di link berikut (SENYAP Group)
Banner disebelah haruslah diletakkan di sidebar blog anda sepanjang berlangsungnya contest ini.

So Ape lagi mau tunggu huh ?
kali join 1 kali lah

A1... This Is You Job !!!

owh lupe plak
pasal Ceritera Cinta Lensa di Kaki Lima
sNz akan sambung cerita dye
insyallah
(kalau A1 bg lah kn)

SO HOPE YOU ALL JOIN THIS CONTEST OK !!!
SEE YOU GUY SOON - boi boi

Tuesday, October 18, 2011

Ceritera Cinta Lensa di Kaki Lima



Malam sendu menemani hariku. Terasa baru semalam kita bertemu, ohh kasihku kembalilah kau kembali kepadaku.”

Sedang asyik Yaya mendengar rentak lagu dan irama klasik yang tersenarai didalam Iphone 4 nya, terdengar suatu panggilan manja yang memanggilnya.

Yaya, ohh Yaya sayang. Kemana budak ni, dari tadi mama panggil kenapa tak jawap?”

Yaya berlari keanak-anakkan ke arah bilik tidur utama yang berada tidak jauh dari kamar tidurnya. Hanya beberapa langkah, setapak demi setapak Yaya melangkah lembut.

Yes, mom. I’m coming!”

Malam ini kita ada jemputan perkahwinan anak kawan mama. Mama nak Yaya bersolek cantik-cantik malam ini ya. Mama nak kenalkan Yaya dengan anak Dato Zikri, dia baru pulang dari England, kacak bergaya rupa parasnya, baik berbudi bahasanya, tahu menghormati orang tua. Mama berkenan sangat dengan anak Dato Zikri yang mama maksudkan. Secocok sangatlah kalau digandingkan dengan anak mama yang manja ni.”

Kalau mama berkenan, mama saja laa yang berkenalan dengan dia. Yaya tak mahu laa mama. Yaya benci lelaki !

Nada suara Yaya sedikit meninggi. Oleh sebab itu, terputus seketika perbualan mereka anak beranak.

Mama yang kebingungan menelan sahaja kepahitan kata-kata anak tunggalnya yang sememangnya manja sejak kecil. Terus mama bersiap-siap untuk menghadiri jemputan dari Dato Zikri.

Yaya berbaju kurung berwarna biru muda, disarungkan tudung bawal di kepalanya, serta bersolek tidak terlalu tebal ataupun nipis. Berkasut tumit tinggi, berbatu permata, intan berlian, berkilau-kilauan.

Tepat jam 8.30 malam mama dan Yaya bertolak dari Villa mereka yang tersergam indah di Bandar Tasik Titiwangsa. Lampu-lampu berkedipan, berwarna-warni, pelbagai bentuk dan rupa.

Sungguh nyaman dan indah malam ini.”

Yaya berkata sendiri.

Assalamualaikum.”

Waalaikumsalam, masuklah. Sampai juga Datin Non dirumah kami ya. Ingatkan Datin tersesat tadi.”

Mereka tertawa bersama-sama sehingga suatu ketika Yaya terlihat kelibat seorang pemuda yang mengingatkan dia kepada seseorang. Lelaki tersebut turut berbaju Melayu berwarna biru muda, kacak dengan gaya Kemelayuannya, bersampin dan bersongkok tidak salah seperti seorang Lelaki Melayu terakhir.

Siapa yang aku nampak sebentar tadi? Mungkinkah dia ....? Mungkin tidak, dia dah lama hilang dalam sejarah hidup aku. Please stop thinking about him, Yaya !”

Yaya mula berteka-teki sendirian. Lamunannya terhenti dek kerana sapaan dari seseorang gadis cilik yang sangat manis berbaju kebaya nyonya.

Ini Yaya bukan? Yaya kenal I lagi tak, ini Mimie teman Yaya masa dekat Universiti Oxford dulu. Ingat lagi tak?”

Mimie? Mimie anak Dr. Aminuddin ya? Yes, I kenal you laa dear. Rupa you tak berubah laa, still sama macam dulu, kecil molek, still ketot saja ya.”

Mereka tertawa bersama-sama tanpa menghiraukan tetamu yang hadir disekeliling mereka. Bercerita kisah silam berjam-jam lamanya sehingga terlupa tentang perkara yang dikatakan oleh mama nya sebentar tadi.

Irama blues berbunyi sedikit perlahan digegendang telinga Yaya dan Mimie.

Hello mama, mama dekat mana ni? Yaya dengan Mimie dekat tepi swimming pool ni, tengah chit chat, gossip girl. Mama nak join sekali ke?”

Anak mama ni, ada-ada saja laa. Ini mama nak Yaya masuk ke Villa Dato Zikri sebentar, ingatkan mama nak kenalkan Yaya dengan someone?”

Yaya menuruti sahaja kemahuan mama nya, lalu memulakan langkah longlai serta lemah lembut ke dalam Villa yang dua kali lebih besar dari Villa kedua ibu bapanya. Berdebar-debar rasa dihati Yaya, segala perasaan bercampar baur, berteka-teki lagi Yaya keseorangan. Yaya hanya redha serta bertawakal sahaja sekiranya mama menginginkan dirinya dikahwinkan dengan pemuda yang sering disebut-sebut.

Langkah Yaya terhenti.

Kompang dipalu, pengantin malu, duduk bersanding tersipu malu~”

Perarakan pasangan pengantin yang dinanti-nanti tiba di perkarangan Villa Dato Zikri. Sedondon berbaju biru turquoise, indah wajah pengantin perempuan, segak bertengkolok pengantin lelaki. Yaya hanya tersenyum seorang diri disebalik meja-meja makan tetamu jemputan khas. Mimie yang sibuk dengan lensanya asyik mengambil scene-scene romantis pasangan pengantin sejak tadi.

Setelah selesai majlis  perkahwinan,

Kenalkan ini Dato Zikri, teman arwah papa Yaya. Dato Zikri banyak bantu papa dalam uruskan hal perniagaan papa dekat oversea dulu. Ini pula Datin Linda, isteri Dato Zikri. Datin ni teman mama masa zaman kindergarden lagi. Almaklumlah, teman rapat mama sejak kecil sampai tua still sama-sama.”

Terdengar suara ahli keluarga Dato Zikri bergelak ketawa diruang tamu yang dihiasi perabot jati, rekaan dalaman yang direka khas oleh interior design terkenal, Eric Leong serta perhiasan dalaman yang diimport khas dari luar negara.

Yaya sedikit kekok dengan keadaan disekelilingnya, akan tetapi dia tidak menunjukkan riak muka yang agak menjengkelkan. Bahkan dia turut bersembang dan bersuai kenal dengan ahli keluarga Dato Zikri.

Tiba-tiba dari jauh Yaya terdengar suara seseorang yang amat dikenalinya.

Ibu panggil Zam ke tadi..?

Yaya menoleh ke belakang, lalu ...

Ya Allah, bukan ke dia ...?"




....................................................................................................................................................................

*Sambungannya A1 serahkan kepada anda semua yang sememangnya mempunyai idea yang sangat BRILLIANT. Sekiranya tiada fedback yang memberansangkan, A1 akan sambung cerita ini esok. Tunggu..

Saturday, October 8, 2011

Taking To The Moon


I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have

Chorus:

At night when the stars
light up my room
I sit by myself

Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I'm feeling like I'm famous
The talk of the town
They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad
But they don't know
what I know

Cause when the
sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back

Chorus:

At night when the stars
light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon


Do you ever hear me calling?
Cause every night
I'm talking to the moon
Still trying to get to you

In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I know you're somewhere out there
Somewhere far away

Really miss you but I don't why we always be like this.
:'(

Friday, October 7, 2011

Karipap Bulu

Assalamualaikum, 
selamat petang semua.

Bila you all baca title entry Mira kali ini,
apa yang you all rasa?
Nak termuntah?
Pelik sambil imagine perkara yang aneh-aneh?
Nak termuntah keluar makanan tengah hari tadi?!


"Weh, tengok apa yang ada dekat karipap ni!"
Kata seorang teman Mira yang sedang enak menikmati karipap buatan pakcik kantin.

"Ewww, BULU apa ni weh?!"
Seorang teman Mira yang duduk bersebelahan dengan Mira terus terdiam dan secara automatik menutup mulutnya.

"Tak jadi aku nak makan karipap ni weh, macam BULU KAKI pun ada."
"Ehh, maybe BULU HIDUNG kot.!"
Beberapa teman Mira gelak hingga pecah perut, kegelian pun mungkin juga.


"Korang tahu tak sebelum ni ada juga bulu dalam makanan."
"Donut BERAMBUT, keropok lekor UBAN, nasi lemak BERSABUT."

Bergema seluruh kantin akibat dari penangan KARIPAP BULU.

Sekiranya you all ada ditempat kami semua,
Apa yang you all buat bila situasi ni terjadi pada you all?!
Teman Mira termuntah-muntah bila tengok BULU tu.
Ewww... Hahaha.

Pesanan dari Dr. Mira Liya,
Sebelum anda makan, selidik dan periksa dahulu makanan anda.
Sekiranya anda degil, perkara seperti ini yang bakal anda lalui nanti.

Selamat BERBULU semua.