Sunday, July 17, 2011

Bentuk Kening Seimbang

ANGELINA JOLIE ialah antara aktres yang memiliki bentuk kening sempurna.
KENING ibarat bingkai gambar yang menghiasi mata seseorang. Bingkai yang tepat pastinya menjadikan mata dan keseluruhan wajah tampak lebih menarik dan seimbang.
Sama seperti potongan rambut yang diibaratkan sebagai bingkai wajah, ukuran dan bentuk kening yang tepat juga dapat meremajakan penampilan seseorang.
Walaupun bentuknya sering berubah mengikut perkembangan semasa, asas pembentukannya masih kekal sama.
Bentuk kening mestilah lebih panjang berbanding mata, supaya wajah akan nampak seimbang. Jurusolek berpendapat kening dan bulu mata merupakan ciri-ciri wajah yang paling penting kerana bentuk yang tepat mampu menjadikan mata tampak lebih besar dan wajah menjadi seimbang.
Walaupun ada yang suka menukar bentuk kening, terdapat satu perkara penting yang mesti diambil serius supaya setiap rekaan bentuk kening kelihatan seimbang dan sesuai dengan wajah, iaitu ukuran kepanjangannya.
Mengukur
Untuk menentukan kepanjangan kening, ia mestilah bermula dari hujung dalaman kening sehingga ke hujung luarannya.
Dengan menggunakan sebatang pensil, letakkan ia dalam keadaan melintang bermula di hujung bibir dan melalui tepi lubang hidung sehingga merentasi kening. Di situlah permulaan hujung dalaman kening ditentukan.
Bagi menentukan hujung luaran kening pula, letakkan pensil tadi dalam keadaan melintang sekali lagi bermula di tepi lubang hidung sehingga merentasi hujung tepi mata dan melalui kening. Di situlah hujung kening luaran ditentukan.
Setelah ukuran selesai, bulu kening yang melepasi ukuran bolehlah dicukur sebelum corak kening yang dikehendaki dilakarkan.
Namun sebelum itu, pilihlah alat cukuran yang berkualiti yang dapat memberikan cukuran licin dan tidak mencederakan kulit di sekitar mata yang sensitif.
Kening yang tidak terurus akan merosakkan solekan di wajah. Justeru, seseorang itu mestilah mengetahui ukuran kening yang tepat dan corak cukuran yang sesuai dengan wajah masing-masing.

UKURAN kening yang tepat menyerlahkan mata seseorang.


Ini kerana, tujuan asal pembentukan kening adalah bagi membuang bulu-bulu yang tidak dikehendaki di sekitar kening dan mata supaya mata tampak lebih galak dan menyerlahkan bentuk wajah.
Untuk mengukir bentuk kening yang sesuai, bantuan pakar mungkin boleh digunakan. Bagaimanapun, sekiranya asas cukuran sudah diketahui, lebih mudah untuk mengekalkan bentuknya dengan cukuran kerap.
Periksa kening anda selang beberapa hari, kerana bulu-bulu kening akan tumbuh dengan cepat. Sekiranya dibiarkan lebih lama, tanda cukuran mungkin hilang dan cukuran baharu yang dibuat mungkin tidak tepat sekiranya tidak diukur semula.
Bagaimanapun, sekurang-kurangnya setahun sekali, dapatkan perkhidmatan profesional untuk membentuk kening anda, supaya anda dapat mengikuti trend semasa dan memastikan cukuran anda tidak terpesong daripada cukuran asal.
Justeru, penting juga untuk memastikan lebihan kening yang dicabut (sekiranya tidak dicukur), ditarik mengikut arah bulu kening itu tumbuh supaya ia kekal tumbuh mengikut arah yang sama.
Inginkan info infi terkini, klik di SINI

J.Lo- Marc Anthony Berpisah Jua



NEW YORK, Amerika Syarikat - Selepas tujuh tahun hidup bersama sebagai suami isteri, penyanyi seksi Jennifer Lopez dan Marc Anthony akhirnya mengumumkan perpisahan mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Pengumuman mengenainya dibuat pasangan selebriti berkenaan dalam satu sidang media tengah hari semalam tetapi punca mengapa perpisahan itu berlaku tidak didedahkan.
"Kami memutuskan untuk menamatkan perkahwinan kami," kata kenyataan tersebut.
"Ia sukar tetapi kami telah mencapai persetujuan dalam semua perkara berkaitan isu ini," tambah kenyataan sama.
Lopez, 41, yang lebih popular dengan gelaran J.Lo memiliki sepasang anak kembar berusia tiga tahun iaitu Max dan Emme bersama suaminya yang setahun lebih tua.
Perpisahan penyanyi berkenaan yang popular menerusi lagu-lagu seperti Jenny from the Block, Love Don't Cost a Thing dan terbaru, On the Floor, mengejutkan ramai peminatnya selepas pasangan itu dilihat amat mesra ketika tampil di khalayak di sini pada pertengahan bulan lalu.
Sebelum ini juga tiada sebarang tanda atau desas-desus yang menyatakan berlaku keretakan dalam hubungan rumah tangga pasangan tersebut.
Cinta Lopez dan Anthony berputik selepas penyanyi wanita itu putus tunang dengan aktor popular, Ben Affleck pada Januari 2004.
Pada Jun tahun yang sama, mereka mendirikan rumah tangga dalam satu majlis rahsia di kediaman mewah Lopez di Beverly Hills, negeri California.
Semasa majlis perkahwinan itu berlangsung, Anthony yang merupakan penyanyi popular irama Latin, baru bercerai dengan isterinya iaitu bekas ratu cantik Miss Universe, Dayanara Torres.
Penyanyi yang popular dengan lagu My Baby You itu memiliki dua anak lelaki, Cristin 10, dan Ryan, 7, hasil perkahwinannya dengan Torres. Dia juga memiliki seorang anak perempuan remaja, Arianna, hasil hubungannya sebelum ini.
Lopez yang mengungguli senarai individu paling cantik majalah People tahun ini pula sudah dua kali berkahwin iaitu dengan seorang pengusaha restoran, Ojani Noa dan penari Cris Judd. - Agensi
Inginkan lagi berita berita sensasi, klik di SINI

Lena Bergaduh dengan Fina AF?



Baru sahaja berada dalam dunia realiti sebagai seorang artis, dua penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 9 , Lena dan fina dikatakan sudah mula bermasam muka. Fina dan Lena dikhabarkan mempunyai masalah untuk bekerjasama selepas kedua-duanya dilanda gosip yang hebat selepas pulang daripada menjayakan satu program TV di Bali, Indonesia.
Lena dituduh melakukan perbuatan sumbang sewaktu di pulau itu, manakala Fina pula kemudiannya dikatakan menjadi dalang yang menaburkan fitnah terhadap Lena dan seorang lagi finalis AF9, Azri.
Bertemu Fina di satu fotografi khas majalah Mangga, menurut gadis kelahiran Melaka ini hubungan antara dia dan Lena sememangnya agak dingin sewaktu mereka d idalam akademi lagi. Ikuti temubual Mangga Online bersama Fina.
 Benarkah hubungan Fina dan Lena renggang selepas gosip ini keluar?
FINA MENAFIKAN DIA ADA MEMBUAT FITNAH TERHADAP AZRI DAN LENA
"Tak dinafikan hubungan saya dan dia bukanlah terlalu rapat, malah semenjak di dalam akademi lagi kami tidak terlalu mesra bersama. Selepas keluar AF, saya langsung tiada menghubungi dia melainkan kami ada fotografi bersama.
"Tapi saya tidak ada masalah untuk bekerja dengannya kerana saya tahu antara kami, perlu ada sikap profesionalisme. Cuma jika dia tidak menegur saya, lebih baik saya buat tak tahu saja.
"Saya agak kecewa bila dalam satu kenyataan Lena dan Azri, mereka berkata ada bersemuka dengan saya untuk bertanya hal ini. Sebenarnya, kedua -dua mereka tidak pernah berbincang dengan saya, tetapi tiba-tiba saya dipersalahkan."
Benarkah Fina yang buat cerita tentang Lena dan Azri di Bali tempoh hari?
"Sewaktu kejadian itu, bukan saya seorang sahaja yang nampak, malah ada juga beberapa pihak produksi yang nampak. Saya tidak ada bercerita pada sesiapa, kerana untuk apa saya bercerita, ia tiada kaitan dengan diri saya.
"Daripada saya cerita mengenai diri mereka, lebih baik saya cerita tentang diri saya pada semua orang. Saya tak tahu bagaimana nak cakap, dan saya terkilan dengan perkara ini, mengapa saya tiba-tiba dipersalahkan sedangkan perkara itu bukannya datang daripada saya sendiri."
Benarkah Fina juga dikatakan sudah mula berlagak Diva dalam satu fotografi bersama sebuah akhbar sewaktu di dalam AF?
"Tentang perkara itu pula, saya tidak pernah berniat untuk menyakiti hati sesiapa. Mungkin ketika itu mimik muka saya kelihatan masam sewaktu fotografi dijalankan, tetapi pada hakikatnya, saya tidak berniat untuk memarahi sesiapa.
"Seperti yang dikatakan, saya mahu segera selesai daripada fotografi itu, tetapi jika difikirkan secara rasioanalnya, untuk apa saya mahu selesai awal kerana ketika itu saya terikat dengan pihak produksi Astro, jadi lambat atau cepat mereka yang tentukan. Di situ sahaja nampak, ia sebenarnya tidak benar."
Bagaimana perasaan sewaktu mula-mula membaca gosip ini?
"Saya memang terkejut bila ibu saya telefon dan menyuruh saya segera membaca artikel itu, memang sedih sebab ini permulaan saya menjadi artis, tetapi kemudiannya saya mula berfikir, mungkin ini baru secebis gosip sahaja dan saya perlu tabah mengharunginya.
"Mula-mula saya tertekan, mana pernah saya dicemuh begini namun saya harap perkara ini akan menaikkan semangat saya dalam dunia seni ini."
Bagaimana pula dengan keluarga?
"Ibu saya sudah tentu bising, kerana mereka tidak faham keadaan sebenar. Tetapi bila saya terangkan, mereka sudah boleh menerimanya."
Inginkan berita terkini, klik di SINI 

Tahniah Nurul Syuhada



Dengan sekali lafaz, pengacara popular TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, selamat dinikahkan bersama pasangannya  Raja Amir Shah Raja Azwa dalam majlis tertutup di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur  malam tadi. 

Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan sendiri dengan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC.

Nurul Syuhada, 27, yang kini merupakan pengacara program Majalah 3 menerima mas kahwin berjumlah RM777 dan wang hantaran sebanyak RM20,111 daripada Raja Amir, 29.

Majlis resepsi kedua-dua pihak akan berlangsung pada 23hb Julai ini di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.
Nurul kelihatan anggun dengan busana kaftan muslimah rekaan Datuk Radzwan Raziwill. Dia menerima sentuhan Khalid & Favors By Eddie sebagai perancang perkahwinan.
 Nak lagi info info terkini, sila klik di SINI