Assalamualaikum.. Salam Ramadhan..
Apa khabar hari ni, sihat?
Mesti laa sihat kan, baru lepas balik dari solat terawih kan semuanya?
Apa yang anda rasa selama 6 hari berpuasa ni?
Makin bertambah pahala, atau makin bertambah dosa?
Setiap manusia pasti ada buat salah,
Kita tak boleh lari dari lakukan kesilapan.
Dah nama pun manusia biasa.
Kita bukannya Nabi ataupun Rasul.
Kepada sesiapa yang rasa rasanya dah banyak sangat buat dosa,
Cepat cepat bertaubat.
Jangan tunggu lama lama.
Usia kita bukannya kita tau sampai bila.
Di bulan yang mulia ini,
Kejarlah segala amal kebaikan.
Buat segala perkara sunat dan jangan pulak tinggalkan yang wajib.
70 kali ganda pahala dari perkara sunat,
Perkara wajib apa ntah lagi.. Berlipat kali ganda.
Takkan laa you all taknak?
Kalaulah manusia ni boleh nampak setiap ganjaran pahala yang dilakukan,
Macam reward topup ke, dapat duit berjuta juta ke, dapat emas berketul ketul.
Mesti kita dah berlumba lumba nak buat amal kebaikan.
Betul tak?
Tapi setiap amal kebaikan yang kita lakukan,
Akan diberi ganjaran nanti.
Di hari pertimbangan.
Teman teman blogger,
Marilah kita lakukan kebaikan,
Tinggalkan perkara perkara yang boleh menambahkan dosa yang sememangnya dah ada.
*Sekadar renungan buat kita semua.
*Maaf sekiranya ada yang tersinggung dengan kata kata Mira.
*Yang buruk itu semuanya datang dari diri Mira dan yang baik itu datang dari Allah SWT.
11 comments:
heheh bagus entry nie... :)
mekasih ijam :)
betol2... mnusia pentingkan ganjaran yang nampak berbanding yang tak nampak(pahala).......padahal ganjaran itu paling berharga.......... Kalau pahala tu boleh nmpak mcm iklan celcom yg duit dtg terbang2 bile topup, masyuk la depa buat amal bnyk2 kan~
yang dikejar tak dapat, yang dikendong, berciciran
semoga amalan2 dibulan pose ni,diterima Allah...Amin~
alhamdulillah..sama2 kite tingkatkan lg amal ibadat kita :) gud girl lah mira ni! hehe
Amboi Soly, smpai 2 kali komen entry Mira ni ye.. hihi... mekasih.. moga2 bertambah lah amalan kita..
IMbobo : mari sama sama tingkatkn amalan kebaikan.. thanx ye abg.. Mira bese2 jela :)
jom berlumba
http://ladysyafiah.blogspot.com/2011/08/ganjaran.html
amboi Peah, macam ajak lumba ape je ye.. hihihi...
nk ajak lumba moto, tp x pandai naik...hehe
huhuhu.. pndai nye Peah ni buat lawak ye.. hihi, Mira pun bukan pndai naek moto.. same dengan jela :)
Post a Comment