Friday, September 30, 2011

Rahsia Disebalik Pemanis

Assalamualaikum, 
selamat petang buat semua.
Mari tambah ilmu pengetahuan bersama Dr. Mira.
(Berangan !)

Bila anda semua baca tajuk utama entry Mira kali ini,
Apa yang anda fikirkan?
Pemanis, apa benda nya tu?
Ohh, Aiskrim pun ada khasiat ke?
Bukan ke aiskrim akan buat kita sakit?!

Ye, itu semua adalah tipu helah semata-mata.
Nak tahu sebab apa Mira cakap macam tu?
Baca petikan seterusnya.

Apabila adik-adik kecil menangis, apa yang selalu kita beritahu supaya dia tak lagi menangis?
"Nanti akak belanja adik AISKRIM magnum klasik ye."
"Janganlah merajuk adik, nak akak belikan anak patung, ke nak akak belikan AISKRIM?"


AISKRIM sangat sinonim dengan kanak-kanak sejak zaman dahulu hingga ke zaman ini.
Pelbagai jenis AISKRIM sudah diperkenalkan di seluruh dunia.
Pelbagai warna dan perisa.

AISKRIM juga merupakan 
AGEN PEMUJUK PALING BERKESAN 
untuk kanak-kanak, termasuklah kepada orang dewasa.


Ini adalah FAKTA DUNIA.


Seperti kebanyakan perkara di dunia ini, aiskrim turut mengalami evolusinya sendiri daripada sebagai ‘umpan’ untuk kanak-kanak, kini menjadi sebahagian daripada ‘pemanis’ dalam gaya hidup bagi orang dewasa.

Sebagai contoh, jika dulu bunga dan coklat sering dikaitkan dengan Hari Kekasih, tetapi peredaran masa telah merubah trend tersebut di mana pasangan tidak kira sama ada kekasih mahupun sahabat, menzahirkan perasaan kasih sayang mereka dengan menikmati aiskrim.

Ini kerana keunikan aiskrim itu sendiri yang rasanya manis, warna menarik serta cara ia dihidangkan dengan eksklusif telah menjadikan ia simbol baru pada pesta menyambut Hari Kekasih.

Tambahan pula, terdapat pelbagai perisa aiskrim yang dicipta khas untuk golongan dewasa sesuai dengan cita rasa terkini seperti tiramisu, cappucino, kopi, pudina, teh hijau serta beberapa perasa lain yang menepati selera orang dewasa.

Kenikmatan aiskrim bukan sekadar dapat dirasai dengan lidah, malah ia juga turut dirasai oleh mata.

Ini kerana, pelbagai aiskrim telah banyak digubah daripada konsep asalnya yang dilengkapi dengan hiasan atas atau topping , biskut coklat, kon, coklat bersalut (seperti Smarties dan M&M), perahan pati pekat buah-buahan yang berwarna-warni, cip coklat serta lain-lain lagi aksesori untuk menaikkan lagi seri sesebuah aiskrim tersebut bagi menepati cita rasa penggemarnya yang pelbagai serta mood yang berlainan.

Maka amat sesuai ungkapan DARI MATA TURUN KE HATI, iaitu menggunakan aiskrim sebagai umpan untuk memikat hati wanita.

Percaya atau tidak, terdapat aiskrim yang mencecah harga puluhan ringgit untuk menikmatinya sekadar tiga atau empat ceduk (scoops).

Ini kerana ia mengandungi khasiat-khasiat tertentu yang berkualiti dan direka untuk golongan-golongan tertentu.

Ada juga aiskrim yang telah diadun khas dengan aroma dan perisa tertentu serta dilengkapi pelbagai aksesori di bawah jenama terkenal dan mempunyai nilai yang tinggi.

Aiskrim bukan sahaja terasa lebih ‘enak’ dinikmati berdua ketika memadu cinta, malah ia juga amat sesuai untuk dinikmati oleh seisi keluarga.

Penyediaannya yang ringkas, cepat dan mudah sering menjadikan ia menu utama pilihan kaum ibu.

Kiosk yang menawarkan produk-produk berunsurkan aiskrim ini sudah mula tumbuh bak cendawan di pusat membeli belah terkemuka di bandar-bandar besar, menepati gaya hidup warga kota yang ringkas dan bercita rasa tinggi.

Sesuai dengan cuaca panas di Malaysia, maka kiosk aiskrim seperti New Zealand Natural, Baskin Robbin, Lecka-Lecka, Haagen Daaz menampilkan bukan sahaja rasa aiskrim yang unik, malah konsep dekorasi yang moden khas untuk semua peringkat ahli keluarga bersantai.


Bagi pasangan yang meraikan Hari Kekasih, pasti lokasi sebegini menjadi pilihan kerana lifestlye yang ditonjolkan.

Sifat semula jadi aiskrim yang lembut, manis dan berwarna-warni amat sesuai untuk dijadikan perantara tatkala pasangan berjumpa untuk memperingati Hari Kekasih.

Ini kerana, ketika kami berdua duduk berhadapan antara satu sama lain, sudah tentulah kami memerlukan sesuatu untuk dilakukan dan bukan sekadar berpeluk tubuh atau saling memandang antara satu sama lain dan kemudian tunduk malu."

Maka aiskrim inilah yang menjadi perantara antara satu sama lain kerana ia mudah dinikmati, merupakan diet yang tidak terlalu berat, tidak berkecah serta tidak jemu untuk lidah kita menikmatinya kerana rasanya yang manis,” 

Seperti diketahui umum, aiskrim juga dapat menaikkan mood serta mewarnai kehidupan seseorang bergantung kepada rasa dan aromanya.


*Kepada anda semua yang merupakan penggemar AISKRIM
Jangan malu-malu untuk menikmati kelazatan AISKRIM ini nanti.
Selamat menikmati kedinginan AISKRIM teman-teman.

sumber dipetik daripada "Intimwordpress"

4 comments:

SoLy SoLicious said...

kalo kite ngh bad mood, aiskrim la pnyelamat mood..hee

fatiniathirah said...

aisehh ! trliur lagy~ ;)
icecream <-- my fav. dessert =) sedappnyer !

AyiLarimA said...

Soly : betul ape yg soly cakapkan tu.. Mira kalau bad mood pun "makan aiskrim" byk2. haha. penyelamat cinta !

AyiLarimA said...

Fatin Athirah : jangan terliur sgt, meleleh da air liur tu.. hehe..
sedap sedap sedap ! :P