Wednesday, September 17, 2014

Resepi Kentang Barbeque Berdaging

Assalamualaikum.
Selamat Tengahari kepada pembaca blog.
Mesti ada yang tercari-cari resepi apa yang baru & nak dicuba.
Hari ini, Mira akan kongsikan sedikit resepi ala-ala Western gitu.
Asyik makan Asian food je kan. 
Sekali-sekala nak juga cuba something new, right?

RESEPI KENTANG BARBEQUE BERDAGING

Time Mira masak resepi ni, Mira tak sempat nak ambil gambar.
So, gambar ni Mira ambik dalam internet
(still nampak sama jugak lahh)


BAHAN-BAHAN :

4 biji kentang
1/2 cawan susu kurang lemak
1/2 cawan sos barbeque
100gram daging kisar
1 paket sayur campur -kacang, jagung & karot
2 biji kuning telur
Karot disagatuntuk ditaburkan di atas hidangan
Garam dan Lada sulah


CARA-CARANYA :
  • Adunan A

  1. Rebuskan kentang yang telah dicuci tanpa membuang kulitnya. Biarkan sehingga empuk.
  2. Lenyekkan kentang menjadi halus & tuangkan susu ke dalamnya.

  • Adunan B
  1. Goreng daging dengan sos barbeque.
  2. Masukkan garam secukup rasa & lada sulah serta sayur campur yang telah disediakan.

  1. Masukkan adunan A ke dalam mangkuk atau loyang yang boleh dibakar di dalam oven.
  2. Ratakan adunan A tadi kemudian bahagian atasnya campurkan adunan B.  
  3. Buat perkara itu berulang kali sehingga kedua-dua ini habis secara selang seli. 
  4. Pastikan bahagian bawah dan atas ialah lapisan adunan A.
  5. Sebelum membakar resepi ini, sapukan kuning telur di atas adunan dan taburkan karot yang disagat halus.
  6. Biarkan selama 15 minit dalam oven dengan suhu sederhana panas.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

*Untuk mengelakkan resepi ini melekat pada mangkuk pembakar, sapukan sedikit butter dikeliling mangkuk. Makanan ini sesuai dijadikan makanan utama pada waktu malam atau sesuai juga dibawa berkelah mahupun ke majlis koktel.

PINENG Power Bank

Special Promotion ! Offer Offer !

PINENG Power Bank
RM70.00 include POSTAGE

Features:
1. input DC5V 1A
2. output 5V~1A, 5V~2.1A >30Wh
3. capacity 10000mAh 37Wh
4. Adopt Japanese high efficient boosting technique and battery protection IC.
5. LCD display to indicates charging/discharging status and residual power.
6. Built-in intelligent voltage recognition chip automatically detects the voltage and current of different kinds of digital products.
7. Protective design to prevent over charging, over discharging and short circuit, and also high temperature protective design.
8. weight: 243g
9. size: 140.5*62*22.8mm

Compatible with :
A) iPad 1/2/3, iPhone 5/5s/5c, iPhone 4/4S, 3Gs/3G, and iPod touch
B) All cell phones with micro USB connection, such as Blackberry, HTC, Samsung, Motorola, LG, etc.
C) E-readers, such as Kindle, Nook, etc.
D) Gaming devices, such as Nintendo DS, Sony PSP, etc.

100% Original Pineng Power Bank!

Standard Package :
1 Powerbank & 1 Micro USB only.




PINENG POWER BANK front image
PINENG USB & Manual Guide
Size PINENG Power Bank

PM me for more info & order:
*Tel : 017-2514194 (Maxis)
*WhatsApp : +60105224194

*Facebook : Ameera's PINENG Power Bank
*Wechat ID : AmeerasDatoMK
*Instagram : theameeras

Thursday, June 20, 2013

Resepi Cendawan Goreng Istimewa

Assalamualaikum.
Selamat Tengahari semua.
Dah makan ke belum ni?
Mesti ada yang tengah tercari-cari resepi apa yang nak di masak tengahari ni kan.
Almaklumlah, sibuk bekerja sampai tak ada masa nak masak.
Hari ini Mira akan bagi resepi yang agak mudah dan cepat untuk di masak.

RESEPI CENDAWAN GORENG ISTIMEWA



BAHAN-BAHAN :

  • 1 paket cendawan (cendawan biasa yang buat masak sayur)
  • Tepung gandum 
  • Tepung goreng ayam 
  • 1 sudu besar lada hitam (yang telah dikisar)
  • 1 sudu serbuk cili
  • 2 biji telur
  • Sedikit serbuk kunyit (untuk pewarna)
  • Garam secukup rasa. 
  • Minyak masak (untuk menggoreng)


CARA-CARA :
  1. Cuci cendawan sehingga bersih dan carik-carikkan cendawan sehingga menjadi sederhana kecil.
  2. Campurkan tepung gandum, tepung goreng ayam, lada hitam yang telah dikisar, serbuk cili, sedikit serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Gaulkan bahan-bahan terebut sehingga rata.
  3. Pecahkan 2 biji telur dan kacaukan sehingga sekata.
  4. Masukkan cendawan ke dalam telur dan gaul-gaulkan.
  5. Kemudian masukkan pula cendawan ke dalam tepung. Gaulkan sehingga sekata.
  6. Panaskan minyak ke dalam kuali.
  7. Apabila minyak telah panas, masukkan cendawan ke dalam kuali. 
  8. Siap untuk dihidangkan. Resepi yang mudah, cepat dan yang paling penting "SEDAP" 

Wednesday, June 12, 2013

Jom Bersenam Di Rumah

Assalamualaikum,
Hai pembaca blog. Mari kita sihatkan diri kita dengan 
BERSENAM
Bukan susah untuk kita kelihatan sihat & langsing.
Kita hanya perlu rajin & tidak mudah untuk berputus asa dalam menjalani aktiviti seperti ini.
Bersenam bukan sahaja boleh dilakukan di padang ataupun gym, tapi boleh juga dilakukan di rumah.



Mari, kita mulakan "step by step" : 
  1. Pastikan persekitaran kamu lapang dan tidak serabut dengan perabot.
  2. Kelebihan bersenam di rumah, kamu tidak perlu risau tentang penampilanmu. Namun, pakailah pakaian yang selesa, tidak mudah terkoyak, stretchable dan mudah menyerap peluh.
  3. Pasangkan CD muzik seperti lagu-lagu Beyonce atau Shakira yang rancak dan bertenaga.
  4. Sekiranya kamu tidak tahu langkah-langkah senaman yang perlu kamu lakukan, apa kata kamu pasang video senaman. Ia bukan sahaja menyeronokkan malah membuatkan kamu lebih bersemangat untuk melakukan senaman.
  5. Biarkan diri kamu cool down dahulu sebelum kamu mandi dan membersihkan diri. Nah, kamu pasti kelihatan lebih berseri dan menawan selepas melakukan senaman.

*Sumber dari : Remaja Karangkraf