Showing posts with label Al-Fatihah... Show all posts
Showing posts with label Al-Fatihah... Show all posts

Saturday, November 5, 2011

Genap 3 Tahun Kepergiannya

Sabtu, 5hb Nov 2011
Embah Mariam.
(Nenek sebelah mak)
Genap sudah kepergian salah seorang insan yang amat Mira sayangi.
Masih teringat lagi, suatu ketika dahulu semasa embah masih sihat dan kuat.
Setiap kali kami sekeluarga balik ke kampong, embah akan sediakan makanan yang banyak untuk kami.
Embah tak pernah marah, tak pernah melenting, walaupun bermacam-macam kerenah cucu serta cicitnya.

“Embah ni chill je kan? Tak pernah pun nak marah-marah kita.”

Itu kata-kata yang sering kami bicara ketika berkumpul dengan kaum kerabat dirumah embah.
Tapi itu semua hanya tinggal kenangan,
Kini, embah meninggalkan kami buat selama-lamanya.
Sehingga kini Mira masih ingat pesanan embah buat diri Mira.

“Kamu jangan sakit-sakit lagi ye, cu.”

Kata-kata itu sempat embah pesan sebelum beberapa minggu embah meninggal dunia.
Syukur, Alhamdulillah dalam adik-beradik Mira, Mira seorang saja yang sempat jaga embah masa embah sedang sakit tenat.
Sepanjang Mira menjaga embah, embah banyak beri pesan dan nasihat.
Insyaallah Mira akan ingat sampai bila-bila semua pesanan dari embah.
Yang membuatkan diri Mira agak terkilan pabila embah menghembuskan nafasnya yang terakhir, Mira tak ada disamping embah. Hanya beberapa ibu dan ayah saudara, cicit dan juga emak Mira yang berada disampingnya ketika itu.
Ingat lagi, sebelum embah ditutup dengan kain kapan, hanya Mira sahaja cucu yang diminta untuk mencium dahi embah. Tapi Mira tak mampu untuk menahan air mata dari terus mengalir, Mira terpaksa menolak permintaan tu.
Syukur, segalanya berjalan dengan lancar ketika itu, selesai solat Jumaat, embah dikebumikan di tanah perkuburan Islam di kampong Changkat Jong.
Hanya beberapa orang sahaja yang tak sempat untuk melihat embah buat kali terakhir. Ayah, akak, kak nani, tok dan tokwan (parent ayah) 
 ...................................................................................................................................................................

Sehingga kini, emak Mira sering menyalahkan dirinya kerana terjadinya satu kejadian semasa embah Mira sudah terlantar di katil hospital.

“Nanti nek datang balik ye, mak.”

Itu yang dijanjikan oleh mak Mira kepada embah. Tapi disebabkan Mira sakit teruk masa tu, mak Mira terpaksa mungkir janji dan agak terlewat untuk pulang ke kampong. Sesampainya mak ke kampong, embah sudah tidak mahu untuk berkata apa-apa kepada mak.
Ya Allah, sehingga kini bila mak mengingatkan kembali peristiwa tu, Mira akan rasa bersalah sangat-sangat. Disebabkan Mira, mak terpaksa mungkir janji mak dengan embah.
..................................................................................................................................................................

Dalam satu hari, Mira kehilangan insan yang amat Mira sayang. Kepada anda yang masih mempunyai insan-insan yang tersayang ibu-bapa, adik-beradik, hargailah mereka. Jangan abaikan mereka, jagalah mereka seperti mana mereka menjaga kita.

Al-Fatihah ~

Sunday, June 19, 2011

Pelakon Veteran Tanah Air Meninggal Dunia

*Sumber dari http://mynewshub.my :

Zami Ismail Meninggal Dunia

Al-Fatihah : Pak Uda @ Zami Ismail Meninggal Dunia Pagi Ini

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran, Zami Ismail ataupun dikenali dengan gelaran Pak Uda menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara sekitar jam 10.15 pagi ini.
Sebab kematian Allahyarham yang berusia 67 tahun ialah serangan jantung.


Sebelum ini, Pak Uda yang mula mencipta nama menerusi drama komedi, Pi Mai Pi Mai Tang Tu dilaporkan  koma di wad kecemasan Hospital Selayang.
Allahyarham juga menghidapi penyakit asma dan bronkitis.
Allahyarham mula bergiat aktif di dalam bidang seni pada tahun 1980-an.
Selain Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Allahyarham berlakon dalam banyak drama, filem dan teater antaranya ialah Hantu Kak Limah Balik Tumah, Salam Pantai Timur, Teater Muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu, filem Dunia Baru The Movie dan terbaru, Shh…Dia Datang arahan Saiful Apek yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Membintangi hampir 17 filem dan puluhan drama tempatan, Allahyarham pernah dinobatkan Pelakon Komedi Terbaik Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) melalui filem Mat Som.

Saturday, June 18, 2011

Seorang Puteri SMK Khir JOhari Pergi Buat Selamanya

Ya Allah Ya Tuhanku,
 Begitu cepat Dia meninggalkan kami semua..
Tepat jam 12.28 tengah malam semalam, arwah pergi buat selama lamanya bersama sama adiknya di dalam satu kemalangan di Batang Kali, arah ke Tangjong Malim..
Arwah yang tersepit didalam kereta bersama sama adik nya akibat dari kemalangan yang melibatkan kenderaan lain dan lori..
Kenderaan yang dipandu oleh ayahnya hilang kawalan, lalu dilanggar oleh sebuah kenderaan lain, setelah itu kenderaan mereka berada di tengah jalan dan telah dirempuh oleh sebuah lori..
Bapanya yang mengalami kecederaan di tenggok dan ibunya yang sarat mengandung turun menghadiri upacara pengkebumian arwah sebentar tadi..
Menurut beberapa sumber, arwah yang baru mendapat tawaran memasuki asrama di SMK Khir Johari, pergi membeli belah bersama ibu, ayah, dan beberapa adiknya yang lain..
Segala kelengkapan telah disediakan untuk menyambut adik barunya yang bakal lahir dan persiapan nya ke asrama..

Sebelum kejadian berlaku, arwah sempat ber-mesej dengan 2 orang rakan nya..
Rakannya yang pelik apabila arwah tiba tiba tidak membalas mesej..
Rakan nya beberapa kali cuba menelefon arwah, tetapi tidak berjawap...
Sebelum kejadian berlaku...
Arwah dan seorang rakannya sempat bergurau :

*aku akan ingat kau sampai kapan

Arwah menjawap :

*sampai kapan je ke? kirenye masa kebumi kau  daa lupa kat aku?

Arwah seorang yang pendiam dan mudah mesra dengan semua rakan rakan nya, begitu juga dengan guru guru yang mengajar..
Semasa jenazah tiba di tanah perkuburan, ramai rakan rakannya yang hadir untuk melihat arwah buat kali terakhir.. 
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan semasa ibunya yang turut terlibat menangis teresak esak :

*Hanim bangun, ibu ada dekat sini...
*Hanim budak baik, kenapa Hanim tinggalkan ibu...
*Ibu selalu marah marah Hanim, nenek tak suka Hanim... Sekarang Hanim daa tak ada..

Beberapa teman memberitahu, kepala adik nya terkulai semasa jenazah dimasukkan ke liang lahat sebentar tadi.. 
Wajah arwah tidak mengalami apa apa kecederaan cuma pipi adiknya terdapat beberapa luka..
Abang serta adik adik nya yang lain menguruskan segala urusan pengkebumian..
Alhamdulillah....
Segala urusan telah berjalan dengan lancar...

Disini, Mira berharap supaya keluarga arwah serta rakan rakannya dapat menerima dan redha dengan ketentuan Ilahi.. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman..
Yang hidup pasti akan mati... 


Dalam kenangan 1993-2011 -NUR FARAHANIM BINTI ISMAIL-



Thursday, May 19, 2011

Blogger Kembali ke Rahmatullah

Ya Allah, tersentap Mira tadi bila Mira bkak-bkak je dashboard blog nie, Mira tengok salah sorang blog yang Mira follow (theotherkhairul.blogspot.com) bagitau "Pemilik Blogger TelorDiBasuh Meninggal Dunia" (http://affanruslan.com) ! Menggeletar seluruh badan termasok laa tangan Mira nie~ ~ Tak tau laa sebab ape.. Walaupun Mira tak kenal pun sape insan yang dimaksudkan, tapi Mira btol-btol takot sangat skang nie.. Insaf sangat dibuatnye ! Muda lagi blogger yang meninggal tue.. Dalam lingkungan 20-an laa jugak.. Baru tadi Mira tengok blog arwah.. Arwah menghembuskan nafas terakhir dekat hospital Putrajaya, arwah meninggal akibat dari paru-paru arwah d'jangkiti kuman ! ( Bile Mira bace abang arwah say something kat blog arwah, tibe-tibe je airmata Mira mengalir ) Ya Allah, muda lagi kan ? Tapi ~ ~ 

Mungkin Allah lebih sayang kan arwah ! Sama-sama laa kita sedekahkan al-fatihah buat arwah.. Semoga roh arwah d'cucuri rahmat dan d'tempatkan d'kalangan insan-insan yang soleh.. 

Ingat laa wahai teman-teman :
 AJAL MAUT, JODOH PERTEMUAN SEGALANYA DI TANGAN YANG MAHA ESA ! SEGALA YANG HIDUP PASTI AKAN MATI !