Showing posts with label Malaysian people. Show all posts
Showing posts with label Malaysian people. Show all posts

Thursday, June 21, 2012

Soalan Laman Sosial

Assalamualaikum, selamat petang. 
Salam 1 Sya'aban.

Hari yang dingin ditambah pula dengan tiupan angin sepoi sepoi bahasa.
Dah lama rasanya Mira tak kongsikan "Information" tentang dunia remaja kita sekarang.
Rasanya dah makin banyak laman sosial yang wujud dalam dunia siber sekarang kan?
Tak perlulah Mira nak mention-kan apa nama laman sosial tu sebab terlampau banyak.

 

Mira bukanlah nak tujukan sangat apa kelebihan mahupun kekurangan, fungsi-fungsi or whatever 
tentang laman sosial ni. Tapi tentang satu perkara yang dipandang remeh oleh kita semua.
Anda pernah perhatikan tak SOALAN apa yang sangat terkenal yang selalu diajukan 
dalam laman sosial.
What I mean is : Apabila anda berkenalan dengan seseorang melalui laman sosial.

Pernah tak anda ambil peduli semua persoalan tu?

Soalan yang sering diajukan semasa bermulanya perbualan anda :

  1. Hai, awak duduk / asal mana ?
  2. Nama penuh awak apa (walaupun dah tertera depan mata nama sebenar)
  3. Umur awak berapa. (Bila dah jawap ... ) Awak belajar lagi ke, tak pun dah kerja ?
  4. Awak sedang buat apa sekarang ni ? (tengah ber-chatting, tapi lagi tanya tengah buat apa kan?)
Soalan yang berada ditangga teratas Top 3 apabila dah lama berkenalan :
  1. Awak pakai baju apa sekarang?
  2. Awak dah ada boyfriend/girlfriend ? (Kalau jawapannya TAK ADA LAGI ... )
  3. Nak nombor "phone" boleh? 
  4. Awak sent gambar awak dekat saya boleh tak?

Lastly apabila semua SOALAN yang ditanya telah dijawap. Tinggal satu lagi soalan penting yang menjadi tanda tanya si pemberi soalan :

  1. Awak, jom kita COUPLE !

Apa tindakan anda selepas itu?
Daripada soalan-soalan ini, apa pandangan anda terhadap penyoal yang menyoal?

*Hal ini bukan saja berlaku dalam laman sosial, di dunia realiti pun sering berlaku keadaan yang sama. BETUL tak?


Nasihat Mira : 
  • Jangan mudah memberi maklumat kepada seseorang yang baru dikenali.
  • Pernah tak anda terfikir sebenarnya dalam masa beberapa minit SAHAJA banyak maklumat peribadi anda dapat diketahui oleh orang yang baru anda kenali?
  • Mereka mungkin akan mendedahkan identiti anda hanya dalam sekelip mata sahaja.
  • Tentang soalan COUPLE, anda fikirlah 2 3 4 5 6 kali sebelum nak jawap pertanyaan si dia yang bertanya ye. HAHA

Friday, December 9, 2011

Rakaman Video Seks


Malamku penuh dengan adegan-adegan seks.
Walaweh, statement you memang penuh dengan kontroversi.
Silap-silap boleh tercalon dalam blogger paling propa.

Just forget about that.
Apa yang Mira nak kongsikan sekarang ini tentang rakam-merakam.

You all rasa perlu ke kita nak merakam setiap perkara even kita dah tahu itu untuk keperluan peribadi kita.
Contoh laa kan, rakaman kita bercuti dengan family ke, dengan rakan ke.
Itu kira tak kesah sangatlah kan.
Ini dalam bab rakam-merakam untuk aksi SEKS ni.


Dah makin berleluasa rasanya rakaman-rakaman SEKS dalam Malaysia.
Untuk apa rakaman tu dibuat?
Untuk simpanan peribadi?
Untuk dijual dan dapatkan keuntungan?

Please lah, untuk apa semua tu?
You all fikir, kalau betul laa pasangan you all yang merakam tu jujur dan betul-betul ikhlas dengan you all, rasanya perlu ke dia rakam aksi you all? One more thing, you all percaya ke dengan statement ni
"I janji, I tak akan sebarkan video ni dalam internet. Percayalah pada I, I swear !"

Sekarang ni, macam-macam hal kita dah dengar dan tahu.
  • Kekasih bunuh diri angkara bekas kekasihnya menyebarkan aksi diranjang.
  • Bekas kekasih disimbah asid berpunca dari video mengghairahkan yang disebarkan di internet.
  • Angkara video porno zaman muda, suami menceraikan isterinya.


Now, Mira nak tanya dan Mira memang selalu persoalkan hal ni.
Kenapa perlu rakam aksi SEKS you all?
Why?
Keliling kepala Mira ni penuh dengan tanda SOAL !

Pelik bin hairan bin musykil Mira dibuatnya.
Mira rasa tak perlu pun nak rakam-merakam ni.
Biarlah you all je yang tahu apa yang you all dah buat.
Disebabkan banyak sangat rakaman video PORNO dalam internet,
makin menjadi-jadi hubungan SEKS sekarang.

Pagi tadi, Mira ada terbaca dalam satu blog,
But Mira lupa apa nama blog tu.
"Bilangan kaum wanita yang menonton video porno semakin meningkat"
Kenapa hal macam ini boleh terjadi?

You all yang baca boleh fikir dan nilai sendiri.
Macam-macam contoh kita boleh nampak,
Dalam movie pun dah terang lagi bersuluh pasal rakam-merakam ni.
Klip 3GP (Siapa yang belum tonton, boleh laa tonton)
Dalam movie ni you all boleh fikir mana buruk baiknya.


Tak perlu kita nak merakam apa yang terjadi,
Di akhirat nanti satu per satu Allah SWT akan tunjukkan kembali kepada kita semua,
Apa yang telah kita lakukan sejak kita lahir hingga nafas kita yang terakhir.
Setiap perbuatan ada balasannya.

Seks Hubungan Sejenis

Lelaki ohh lelaki, kenapa anda jadi begini?

Kenapa tiba-tiba Mira bercakap tentang lelaki ni?
Sepanjang hari ini, Mira asyik gatal tangan menge-klik button image dekat google.
Almaklumlah, dah tak tahu sangat nak buat apa.
So, Mira pun try-try laa search COUPLE IN LOVE & ada laa beberapa yang lain lagi.
Tiba-tiba, Mira terjumpa gambar ini


Yes, this picture.
Apa yang you all fikir bila ternampak gambar yang begini rupa?

"Oo Emm Gee, what the hell, ada ke lelaki macam ini, geli doh aku tengok."
Atau pun 
"Sweetnya mereka, teringin la nak BERAKSI macam mereka"

You all pun boleh tahu kan apa yang orang kita akan cakap.
But, sekarang ni masyarakat kita macam endah tak endah je.
Lelaki dengan lelaki (Gay)
Perempuan dengan perempuan (Lesbian or Penkid)


Tak pasti la apa yang golongan ini nak sebenarnya.
Kepuasan? 
Rasanya kalau nak puaskan NAFSU, dengan jantina yang berlainan lagi puas.
Nak kata jantina yang berbeza ni tak faham kehendak you all?
Rasanya memang dah jadi lumrah, Allah ciptakan kita dengan pasangan yang berlainan jantinanya.

Lelaki dengan Perempuan.
Perempuan dengan Lelaki.
But, kenapa golongan yang macam ni still DEGIL?
Siap ada yang nak kahwin, ada yang memang dah kahwin.

Kalau dekat oversea tu tak kesah la, memang kita tak ambil port pun.
Tapi yang dekat Malaysia ni, 
Please laa, sedar wahai jejaka-jejaka kacak, gadis-gadis manis.
Anda diberi PASANGAN YANG BERLAINAN JANTINA !

Ya Allah, jauhkanlah keturunanku dari segala musibah ini, Ya Allah.
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui.

*Teringat kisah benar yang berlaku pada diri Mira sendiri.

Seks Bawah Umur

Tengah hari yang penuh dengan SEKS !
Yes, sejujur-jujurnya tadi Mira baru lepas tengok satu video ni.
Memang super duper meng-GHAIRAHKAN
(Mira tak terasa meng-ghairahkan pun)


But, ada sesuatu yang membuatkan Mira terdiam dan berkata
"OmG, innocent sungguh budak lelaki ni."
You all bayangkan dat's guys macam muka Dafi (baik punya)
Mira suruh bayangkan je, bukannya lelaki dalam video tu Dafi.
Karang ada pula yang salah tafsir.


Bibir pink, kulit putih melepak, mata bulat.
Dress up memang macam B-Boy laa kan, pakai baju berjenama (Top Man)
Kekasih hati dia pun boleh tahan juga, cantik, putih gebu orangnya.
Sweet je baju yang dia pakai, warna pink gitu.
Memang sweet couple laa senang cerita.


But, kenapa you all berdua ni pandai sangat nak HAVING SEX?
Padahal both of you ni muda lagi.
Rasanya muda lagi dari Kak Mira (Amboi, terus gelarkan diri sendiri KAKAK)
Muka anda berdua pun boleh tahu berapa umur anda la.
Aduh ai, apa yang anda berdua fikir ye time HAVING SEX tu?


Yang membuatkan Mira agak terkilan and (tak tahu laa nak cakap macam mana)
You all muda lagi !
Muka sangat sangat sangat Innocent !
Muka suci betul !
Bukanlah Mira nak bagi kelonggaran dekat pasangan yang memang muka macam suck tu buat 
SEKS !


You all fikir laa sendiri ye, 
Umur still muda lagi, maybe baru dalam lingkungan belasan tahun.
Tapi dah pandai, dah pro dalam SEKS (mengalahkan Kak Mira yang semakin tua ni.)
Macam mana bila you all dah meningkat dewasa nanti?
You all pasti ke pasangan yang HAVING SEX dengan you all tu memang truely 
your love forever after?


Think about it.
Ini juga peringatan buat diri yang sedang membaca dan menulis entry ini.
Post entry kali ini agak kasar penggunaan bahasanya.
Mungkin post entry selepas ini lagi lagi dan lagi ganas penggunaan bahasa yang digunakan.

*Salam Jumaat buat semua umat Islam.
Ampun dan maaf sekiranya ada yang tersinggung, menyinggung dan bersinggung.

Monday, November 21, 2011

Kejuaraan Harimau Malaya

Gol !!!!!
Bergema satu stadium Indonesia, bukan stadium saja di Indonesia tapi
dapat dirasai kemeriahannya di Tanah Air kita, Malaysia.


Saat yang dinanti-nantikan.
Malaysia 2 - Indonesia 1
Akhirnya pemain bola kebangsaan kita berjaya menjaringkan gol yang terakhir.
Syukur alhamdulillah.


*Usaha yang gigih akan memberikan kita kejayaan yang ingin dikecapi.
Malaysia, TERBAIK !

Live Streaming Malaysia VS Indonesia Final



*Walaupun mood peperiksaan ada dalam diri, 
tapi bola sepak tak boleh ditinggalkan.

 Pemain kebangsaan kita hebat di padang antarabangsa
Go Malaysia !

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha, Warga Blogger

Assalamualaikum, 
Salam Aidiladha buat semua teman blogger yang beragama Islam.

Ini serba sedikit kad yang direka khas buat warga blogger.
Bukan Mira yang buat, tapi ada beberapa card designer yang kreatif lagi bijaksana.
Gerenti ramai yang ambil dari tempat yang sama kan?
Google Image.





*Semoga lebih banyak pengorbanan yang kita lakukan selepas ini.
Setiap pengorbanan, niatlah kerana Allah SWT.

Wednesday, September 21, 2011

Tun Dr. Mahathir Disambut Meriah

Assalamualaikum,
Selamat Malam buat semua blogger.
Syukur, Alhamdulillah Mira masih lagi bernafas sehingga kini.
Maaf sangat-sangat sekiranya ada yang tertunggu-tunggu latest update dari Mira.
Mira tersangatlah penat hari ini.

Nak tahu sebab apa?
Warga Facebook mungkin dah tahu apa yang terjadi dalam masa satu hari ini.
Tapi Mira nak ceritakan juga untuk warga blog pula.
Apa yang terjadi seharian ini?

Mira sangat teruja plus gembira sangat-sangat sebab hari ini Mira dapat bersua muka dengan Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4.
Syarahan Perdana Za’ba” anjuran pihak UPSI
Mesti ramai yang tak percaya kan? Percaya atau tak, itu semua dah terjadi pada hari ini.
Nak tengok bukti ke baru nak percaya?
Okey, ini buktinya
(ini bukti yang kukuh dan sahih)


..................................................................................................................................................................

Banyak dugaan yang terpaksa Mira dengan teman-teman yang lain lalui hari ni.
Bayangkan kami semua orang pertama yang sampai dulu dan duduk dalam Auditorium UPSI, tiba-tiba lepas semua orang sampai kami terpaksa tukar tempat !
Tempat duduk yang kami pilih memang betul-betul menghadap tempat duduk Tun Dr. Mahathir.
Memang sakit hati plus and plus laa dibuatnye.
OmG, teramatlah marah rasa nye !

Adik tukar tempat boleh, dekat atas lagi best!”

Ehh, ingat kami ni budak-budak darjah 3 ke apa nak cakap macam tu?
Sabar jela~

Muka penuh kesabaran.
Padahal hati tengah panas !
Nasib baiklah kakak yang suruh kami tukar tempat tadi tu minta maaf,
Lastly kami dapat tempat yang “agak selesa” laa jugak dan “memang nampak” sangat muka Tun Dr. Mahathir.

Kita lupakan pasal tekanan apa semua.
Dalam satu jam setengah Tun Dr. Mahathir beri syarahan tentang isu yang dikemukakan.
Bila dengar Tun bercakap, Mira tak aspect yang Tun dah menjangkau umur 86.
Seriusly, Tun sangat bersemangat dan segala ucapan yang dikatakan sangat member impak kepada Mira dan termasuklah kita semua.
Tun Dr. Mahathir sangat disegani oleh semua masyarakat dan beliau merupakan pemimpin yang berani menentang kuasa-kuasa Barat
Ye, kata-kata  itu masih Mira ingat sampai sekarang.
Tun sangat peramah orangnya, murah dengan senyuman, tidak banyak bercakap dan kuat bekerja.
Bukan senang kita nak bersua muka dengan seorang pemimpin yang mempunyai semangat yang tinggi walaupun umurnya sudah mencecah 87 tahun.
Anda semua mesti nak tengok dan lihat sendiri suasana dimana Mira dan teman-teman bergamba dan beramah mesra dengan Tun Dr. Mahathir, betul tak?
Ini dia gamba-gambanya :

Baru selesai syarahan.
Berebut-rebut orang nak minta tandatangan dari Tun Dr. Mahathir.
Mira sempat tangkap gambar saja.

Menjamu selera bersama Tun Dr. Mahathir.
Senyum tak perlu kata apa-apa.

Tun sempat berbual-bual dengan tetamu VIP yang lain.
Tak tahu laa bincangkan tentang apa.

Ini dia, nampak tak Mira tengah tersenyum lebar?
Teruja tau, dapat tandatangan dari Tun.

Tetamu yang lain pun dapat tandatangan plus bergambar dengan Tun.
Semua seronok !

Kacak dan bergaya Tun Dr. Mahathir.
Walaupun dah lanjut usianya.

Tun diarak keluar dari tapak jamuan makan.
Masing-masing nak minta tandatangan.
Takut tak sempat, hehe.

Tun Dr. Mahathir sangat relax orangnya.
Walaupun panas, masih steady lagi. haha

Ini masa Tun dah dekat dengan Mira.
Mira sempat salam tangan Tun Dr. Mahathir,
Sangat teruja, berdebar-debar dibuatnya.

Lambaian dari Tun.
Sangat sedih masa ni.
:'(

Dengan banner pun jadilah.
haha.
Abaikan gambar ini.
.............................................................................................................................................................

.....Tun ada meninggalkan wasiat bagi kita masyarakat Malaysia dan wasiat tersebut akan dibuka dan dibaca apabila sudah sampai tahun 2020. Jika kita dipanjangkan umur, kita akan tahu apa wasiat yang dibuat untuk kita semua...

(Sekarang, Penggunaan bahasa formal amat dititikberatkan)


Tuesday, September 20, 2011

Menu Pagi Ini

Assalamualaikum, 
Selamat Pagi buat semua blogger girls and boys.

Macam mana keadaan you all hari ni?
Baik-baik je kan?
Syukur alhamdulillah kalau anda semua sihat-sihat belaka.

Simple breakfast
Ala-ala dalam hospital gitu
Sudah makan atau belum?
(Macam orang seberang laa pulak)
Breakfast apa semua pagi ni?
Ada tak yang breakfast macam Mira pagi ni?
Ala-ala western, bak kata sNz tadi

Nampak sedap je kan menu breakfast dekat atas ni.
Ala-ala breakfast dekat hotel.
Rindu laa suasana macam ni.
Bila makan kena ingat-ingat juga tau.
Jangan main makan je,
Pastikan makanan kita tu berkhasiat.
Bak kata doktor pakar makanan
"Makan mengikut piramid makanan"


Makanlah selagi anda mampu untuk menyuap sendiri makanan didalam mulut anda.
Tapi, beringat-ingat juga sebelum makan.
Pesanan dari pembantu doktor pakar makanan.

Friday, September 16, 2011

Sayang Malaysia

Assalamualaikum, 
Selamat Malam buat semua blogger girl and boys.

Hari ni semua rakyat Malaysia cuti kan?
Memang laa, siapa pulak yang kerja hari ni.
Disebabkan semua rakyat Malaysia cuti, 
Mira pun cuti jugak !
Hahaha, apa-apa jela.


Mira just nak tulis :
Selamat Hari Malaysia.
Sayang Tanah Airku !
Tanpa ada bumi Malaysia, 
Dimana Mira nak tinggal?
For you all, cintailah bumi kita Malaysia.
Jangan nak lupa daratan pula, 
Janganlah nak agung-agungkan sangat budaya-budaya Barat yang entah merepek-repek tu.
Malaysia penuh dengan budaya, adat resam yang unik.
Lebih baik kita agung-agungkan negara kita !
Tanah Air kita !


Semoga negara kita akan terus aman dan harmoni.
Sama-sama kita membudayakan negara kita, Malaysia !

Saturday, August 27, 2011

Heboh : Gadis Menghina Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum, selamat sejahtera. Salam Ramadhan.

Alhamdulillah, Mira masih disini untuk menemani teman teman blogger semua.
Rasanya dah lama juga Mira tak updated blog,
Lepas berbuka tadi, Mira belek belek new updated dari rakan rakan blogger.
Ternampak pulak seorang blogger boy Oh New Beb ni meng-updated 
suatu entry yang sangat menarik minat Mira untuk membaca entry tersebut 
(ayat memang skema habis)
Itulah entry dia.

Lepas je Mira baca entry dari blogger boy tu,
Mira terus search deka laman sosial, Facebook untuk cari PEREMPUAN LAKHANAT tu.
Seriusly, memang ramai yang LIKE fanpage dia dalam facebook.
Tapi jangan salah sangka, mereka mereka yang LIKE fanpage tu bukannya LIKE 
perbuatan terkutuk perempuan tu,
Tapi mereka mereka ni LIKE fanpage 
BAND or BENCI or ANTI perempuan lakhanat tu.



Nampak sangat Mira marah kan sekarang?
Ye, memang Mira marah yang teramat sangat.
If you all tengok sendiri apa yang PEREMPUAN LAKHANAT ni tulis dalam facebook dia,
Mira gerenti, you all pun MESTI MARAH plus GERAM 
dengan PEREMPUAN LAKHANAT ni.

Nak nampak lebih jelas,
search dekat facebook, ada banyak link perempuan ni.

p/s : You all rasa, apa yang patut PEREMPUAN ni terima sebagai hukuman?

Saturday, August 6, 2011

Azan Di Permainkan di Gereja

Sampai macam ni sekali manusia dalam dunia sekarang.
Sungguh menyakitkan hati.
Sumpah, lepas Mira tengok video ni makin membuak buak rasa benci dengan kaum Kafir !
Ye, memang Mira sakit hati.
Kepada sesapa yang rasa nak band Mira lepas ni, silakan.
Tapi Mira cakap benda benar !

AGAMA ISLAM BUKAN UNTUK DIPERSENDAKAN !!
APA APA YANG BERKENAAN DENGAN ISLAM, BUKAN UNTUK DIPERMAINKAN !!


Ini antara teman teman facebook yang beri komen tentang video lahanat ni !

  • 4 people like this.
    • Izzati Syahirah masyaallah..
      24 minutes ago · 
    • Yuyun StilLeto tu lhaaaa kejam kan teruk gila , kalu jumpa dea rase nk bunuhhhhh heeee
      23 minutes ago · 
    • Izzati Syahirah kejm sngt..sgup dy hina..sketnye ati
      19 minutes ago · 
    • Yuyun StilLeto tu laaaaaa , jahat sungguh , cara2 solat tuh dea permainkan azan , nauuzubilah .... manusia yg mcm bodoh kafir lak tuh neraaka jahanam laaaa
      18 minutes ago · 
    • Mira Liya sampai macam ni skali kaum2 kafir ni.. mau rejam sampai mati je.. sakit hati betul !!! sumpah sakit hati..
      11 minutes ago ·  ·  1 person


Anda anda pun oleh berfikir secara waras.. Fikirlah...