Showing posts with label artis Malaysia. Show all posts
Showing posts with label artis Malaysia. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

Lena Bergaduh dengan Fina AF?



Baru sahaja berada dalam dunia realiti sebagai seorang artis, dua penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 9 , Lena dan fina dikatakan sudah mula bermasam muka. Fina dan Lena dikhabarkan mempunyai masalah untuk bekerjasama selepas kedua-duanya dilanda gosip yang hebat selepas pulang daripada menjayakan satu program TV di Bali, Indonesia.
Lena dituduh melakukan perbuatan sumbang sewaktu di pulau itu, manakala Fina pula kemudiannya dikatakan menjadi dalang yang menaburkan fitnah terhadap Lena dan seorang lagi finalis AF9, Azri.
Bertemu Fina di satu fotografi khas majalah Mangga, menurut gadis kelahiran Melaka ini hubungan antara dia dan Lena sememangnya agak dingin sewaktu mereka d idalam akademi lagi. Ikuti temubual Mangga Online bersama Fina.
 Benarkah hubungan Fina dan Lena renggang selepas gosip ini keluar?
FINA MENAFIKAN DIA ADA MEMBUAT FITNAH TERHADAP AZRI DAN LENA
"Tak dinafikan hubungan saya dan dia bukanlah terlalu rapat, malah semenjak di dalam akademi lagi kami tidak terlalu mesra bersama. Selepas keluar AF, saya langsung tiada menghubungi dia melainkan kami ada fotografi bersama.
"Tapi saya tidak ada masalah untuk bekerja dengannya kerana saya tahu antara kami, perlu ada sikap profesionalisme. Cuma jika dia tidak menegur saya, lebih baik saya buat tak tahu saja.
"Saya agak kecewa bila dalam satu kenyataan Lena dan Azri, mereka berkata ada bersemuka dengan saya untuk bertanya hal ini. Sebenarnya, kedua -dua mereka tidak pernah berbincang dengan saya, tetapi tiba-tiba saya dipersalahkan."
Benarkah Fina yang buat cerita tentang Lena dan Azri di Bali tempoh hari?
"Sewaktu kejadian itu, bukan saya seorang sahaja yang nampak, malah ada juga beberapa pihak produksi yang nampak. Saya tidak ada bercerita pada sesiapa, kerana untuk apa saya bercerita, ia tiada kaitan dengan diri saya.
"Daripada saya cerita mengenai diri mereka, lebih baik saya cerita tentang diri saya pada semua orang. Saya tak tahu bagaimana nak cakap, dan saya terkilan dengan perkara ini, mengapa saya tiba-tiba dipersalahkan sedangkan perkara itu bukannya datang daripada saya sendiri."
Benarkah Fina juga dikatakan sudah mula berlagak Diva dalam satu fotografi bersama sebuah akhbar sewaktu di dalam AF?
"Tentang perkara itu pula, saya tidak pernah berniat untuk menyakiti hati sesiapa. Mungkin ketika itu mimik muka saya kelihatan masam sewaktu fotografi dijalankan, tetapi pada hakikatnya, saya tidak berniat untuk memarahi sesiapa.
"Seperti yang dikatakan, saya mahu segera selesai daripada fotografi itu, tetapi jika difikirkan secara rasioanalnya, untuk apa saya mahu selesai awal kerana ketika itu saya terikat dengan pihak produksi Astro, jadi lambat atau cepat mereka yang tentukan. Di situ sahaja nampak, ia sebenarnya tidak benar."
Bagaimana perasaan sewaktu mula-mula membaca gosip ini?
"Saya memang terkejut bila ibu saya telefon dan menyuruh saya segera membaca artikel itu, memang sedih sebab ini permulaan saya menjadi artis, tetapi kemudiannya saya mula berfikir, mungkin ini baru secebis gosip sahaja dan saya perlu tabah mengharunginya.
"Mula-mula saya tertekan, mana pernah saya dicemuh begini namun saya harap perkara ini akan menaikkan semangat saya dalam dunia seni ini."
Bagaimana pula dengan keluarga?
"Ibu saya sudah tentu bising, kerana mereka tidak faham keadaan sebenar. Tetapi bila saya terangkan, mereka sudah boleh menerimanya."
Inginkan berita terkini, klik di SINI 

Tahniah Nurul Syuhada



Dengan sekali lafaz, pengacara popular TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, selamat dinikahkan bersama pasangannya  Raja Amir Shah Raja Azwa dalam majlis tertutup di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur  malam tadi. 

Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan sendiri dengan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC.

Nurul Syuhada, 27, yang kini merupakan pengacara program Majalah 3 menerima mas kahwin berjumlah RM777 dan wang hantaran sebanyak RM20,111 daripada Raja Amir, 29.

Majlis resepsi kedua-dua pihak akan berlangsung pada 23hb Julai ini di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.
Nurul kelihatan anggun dengan busana kaftan muslimah rekaan Datuk Radzwan Raziwill. Dia menerima sentuhan Khalid & Favors By Eddie sebagai perancang perkahwinan.
 Nak lagi info info terkini, sila klik di SINI

Friday, July 15, 2011

Kisah Zuriat Waheeda


Pasangan yang ditemukan dalam program Cafe Akhil Hayy di saluran Astro Oasis itu bagaimanapun tidak terlalu memikirkan kehadiran anak kerana sibuk dengan pembikinan album berunsur dakwah baharu Akhil dan juga urusan perniagaan umrah.
Album kelima Akhil yang bakal dipasarkan pada Syawal ini begitu istimewa kerana ia juga mendapat sentuhan lirik daripada isterinya.
“Album ini akan menampilkan beberapa kelainan kerana saya akan menyanyikan lagu hasil nukilan isteri saya.
“Bukan mudah untuk menyanyikan lagu yang berentak World Music, tetapi selepas mendengarnya beberapa kali, saya yakin peminat-peminat akan menggemari lagu-lagu yang terdapat di dalam album ini,” kata Akhil yang mempertaruhkan lapan buah lagu di dalam albumnya.
Beralih kepada Waheeda pula, katanya, terdapat dua buah lagu yang ditulis khusus buat Akhil iaitu Ighfir Zdunubi (Ampunkan Daku) dan Subhanak (Maha Suci Engkau).
Menurutnya, album berkonsepkan taubat itu mengumpulkan lirik-lirik ketuhanan.
“Dua buah lagu itu turut menampilkan kolaborasi Akhil bersama penyanyi Mawi dan Kumpulan Brothers. Lagu ini juga berunsurkan taubat,” katanya yang mengakui lebih tenang bekerja di belakang tabir.
Tidak pernah rindu untuk kembali menyanyi atau belakon, Waheeda bagaimanapun berharap pihak-pihak yang masih menyiarkan lagunya (Wassini) mahupun filem-filem lakonannya seperti Nana Tanjung agar menghentikan siarannya apabila dia menghembuskan nafas nanti.
“Saya lebih tenang berada di belakang tabir. Lebih takut dengan Allah. Saya juga sedar wanita haram melontarkan suara untuk khalayak.
“Saya sedar saya tidak ada kuasa untuk menyuruh mereka berhenti menyiarkan lagu dan filem lakonan saya tetapi harapan saya agar mereka hentikan siaran lagu dan filem apabila saya meninggal nanti,” katanya dalam senyuman tetapi bermakna.
Lagi sambungan cerita, klik di SINI

Wanita Pilihan Remy Ishak


POPULARITI anak muda ini memang melangkaui segala-galanya. Hanya dalam tempoh lima tahun saja Remy Ishak sudah mampu menempa kemasyhuran yang jarang sekali dimiliki oleh bakat baru sepertinya.

Dalam sekelip mata, dia dipuja dan menjadi kegilaan ramai yang mengagumi bukan hanya bakat lakonannya tetapi wajah lelaki Melayu tulen yang menjadi penyedap mata para peminatnya.

Semuanya kerana fenomena drama rantaian paling popular, Nur Kasih yang telah meledakkan nama Remy sehingga mampu berdiri setanding dengan aktor ternama negara lain.

Namun, apa yang tidak sedapnya apabila ada dakwaan mengatakan Remy kini bukan lagi seperti dulu. Dalam erti kata lain, jejaka kacak ini sudah mula berubah menjadi seorang yang bongkak, lupa diri dan merasakan dirinya seorang aktor yang hebat.

Bukan itu sahaja, ada angin sepoi-sepoi bahasa yang meniup ke telinga mengatakan anak kelahiran Masjid Tanah, Melaka ini juga telah meletakkan dirinya sebagai seorang yang cukup eksklusif.

Mendengar segala soalan dengan penuh teliti, Remy menghela nafas panjang sebelum memberikan justifikasi. Barangkali tidak mahu lagi segala kenyataan disalah erti sehingga mengundang kontroversi seperti sebelum ini.

“Jujurnya, saya sendiri segan dengan publisiti. Jauh sekali untuk saya mendabik dada mahupun merasakan diri saya terbaik. Tetapi, kehadiran saya ke dalam industri bukan mahu menagih publisiti semata-mata
“Saya cukup sedar sebagai seorang artis, kisah peribadi dan gosip memang tidak dapat lari untuk diceritakan. Bagi saya, biarlah kisah peribadi itu mendapat liputan berpada-pada.
“Ingin saya jelaskan di sini, saya sendiri tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang eksklusif dan menjauhkan diri daripada sebarang publisiti.
“Dalam konteks ini, saya lebih gemar kalau cerita tentang karier saya yang mendapat tempat. Saya percaya seandainya kalau kita memberi hasil kerja yang berkualiti, publisiti akan datang dengan sendirinya,” ujar Remy sewaktu menjawab pertanyaan Hits.

Aktor berusia 27 tahun itu berkata demikian dalam satu pertemuan selepas majlis pelancaran haruman terbaru Dashing, Bold dan Edge yang berlangsung di Pusat Membeli-Belah Alamanda, Putrajaya, baru-baru ini.

Menyambung bicara, pelakon yang mula dicungkil bakatnya oleh pengarah Osman Ali ini masih lagi menganggap dia seorang yang mentah dan hijau dalam dunia lakonan.

Katanya, sepanjang lima tahun itu, denai yang dilaluinya tidak sempurna seperti mana yang disangka oleh ramai pihak kerana perlu meredah onak dan duri sebelum tiba ke destinasinya.

Tidak mahu alpa dengan kemasyhuran yang dinikmatinya kini, ada kala kata Remy, dia akan duduk bersendirian di rumah dan cuba muhasabah untuk memperbaiki kelemahan dirinya.

“Saya merangkak dan bermula dari bawah untuk mencari peluang mengembangkan bakat lakonan saya. Hanya pada tahun ketiga sahaja, barulah orang mula memandang bakat saya dan perlahan saya diterima oleh masyarakat.

“Perjalanan saya terlalu jauh dan saya sendiri mahu kekal lama dalam bidang ini. Atas alasan itu, saya harus akui saya perlu menjadi lebih selektif dalam setiap tawaran yang datang kerana tidak mahu dianggap stereotaip,” kata pemilik nama penuh Mohammad Zalimei Ishak ini penuh ini bersungguh.

Monday, July 11, 2011

Siti Nurhaliza nak sambung belajar?



SHAH ALAM – Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini tidak lama lagi.
Meskipun mengambil keputusan meneruskan kerjaya sebagai penyanyi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Siti Nurhaliza berkata, cita-cita melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tidak pernah padam sejak lebih sepuluh tahun lepas.
Bidang muzik menjadi pilihan memandangkan ia seiring dengan kerjayanya sebagai penyanyi dan beliau percaya UiTM merupakan tempat terbaik untuk menggenggam sekurang-kurangnya segulung diploma dalam bidang berkenaan.
“Siti sedang berbincang dengan pihak UiTM dan jika semuanya berjalan lancar, Siti akan meneruskan pengajian seperti yang dirancang,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan persembahan pada Malam Gala dan Karnival SimplySiti.
Di UiTM kursus muzik ditawarkan pada peringkat diploma dan ijazah sarjana muda di bawah Fakulti Muzik. Pada peringkat diploma, kursus itu akan mengambil masa selama dua tahun setengah manakala tiga tahun untuk peringkat ijazah sarjana muda.
Perkara itu turut disahkan Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar pada sidang akhbar berkenaan.
Sahol Hamid berkata, UiTM sedang berbincang mengenai perkara itu dan sedia menerima Siti Nurhaliza yang berhasrat menyambung pengajiannya.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Thursday, July 7, 2011

Konsert GIG untuk tarik remaja



DALAM usaha untuk mendekati dan menarik golongan remaja, TV9 buat julung kalinya menganjurkan Konsert GIG secara besar-besaran yang akan diadakan pada 9 dan 10 Julai ini bertempat di I-City, Shah Alam, Selangor.

Penganjuran konsert yang akan melibatkan beberapa artis ternama tanah air adalah percaturan terbaru stesen televisyen milik Media Prima itu bagi mempelbagaikan lagi variasi rancangan terbitan mereka.

Biarpun baru pertama kali diadakan stesen yang menggunakan tagline Di hatiku itu yakin dapat menarik lebih ramai penonton terutamanya golongan remaja.

Sedar akan kepentingan bahawa golongan remaja perlu didekati, konsert dua hari itu bakal direalisasikan istimewa untuk golongan berkenaan.

“Kita sedar mereka ini sukakan muzik, jadi sejak tiga tahun kebelakangan ini, kita telah mula memberikan sajian yang dirasakan dapat memenuhi selera mereka.

“Lagi pun dengan cara ini ia lebih mendekatkan TV9 dengan golongan muda selain dapat memberikan intipati yang lebih segar untuk mereka,” kata Pengurus Besar TV9, Sherina Mohamed Nordin, ketika ditemui pada sidang akhbar konsert berkenaan, baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis yang berlangsung di Hard Rock Cafe itu, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar dan Ketua Pengurusan Perhubungan dan Analisis DIGI, Francis Chang.

Menurut Sherina, konsert itu akan membariskan artis-artis seperti Awan Band, The Azenders, Projek Pistol, Pesawat, Drama Band dan Azlan and The Typewriter.

“Mereka ini akan tampil membuat persembahan pada konsert hari pertama (9 Julai) nanti di mana persembahan mereka itu akan dirakamkan untuk siaran.

“Namun apa yang pasti, konsert yang akan bermula pada pukul 5 petang itu akan kita siarankan melalui tiga episod,” ujarnya.
Bagaimanapun, katanya, kemuncak Konsert GIG dengan disertai oleh Wings, Aizat, Bunkface, Hujan dan 6ixth pada Ahad ini akan disiarkan secara langsung di TV9 mulai pukul 8.30malam.

Tidak cukup dengan itu, bagi menghangatkan lagi konsert itu nanti, satu pertandingan Battle Of The Band akan diadakan di mana lapan kumpulan akan berentap merebut hadiah utama berupa wang tunai RM8,000.

Sementara itu, penerbit konsert berkenaan, Ahmad Shaifullizam Arshad berkata, bagi memeriahkan lagi konsert berkenaan, satu persembahan istimewa telah dirancang untuk konsert 10 Julai ini.

Di mana pada masa itu nanti dua band yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air iaitu Hujan dan Bunkface akan di satu kan.

“Pada persembahan itu nanti, kita akan tampilkan Hujan dan Bunkface secara serentak di atas dua buah pentas yang berasingan yang telah kita reka khas bagi memberikan kelainan pada konsert ini.

“Masa itu nanti Hujan dan Bunkface akan membuat persembahan secara bergilir-gilir terlebih dahulu sebelum bersatu membuat persembahan secara serentak,” jelas Ahmad Shaifullizam.

Ditanya apakah relevannya konsert berkenaan dalam mencapai hala tuju TV9, Shaifullizam menjelaskan, konsert itu merupakan platform terbaik untuk mendekati golongan muda.

OmG, I Get Them

Now, both of you are mine!
Mereka mereka ni dah jatuh dekat tangan Mira !
Jangan ada sesapa yang berani ambik Cinta Hati Mira ni !
I'm warning you.

Hankyung
My sweet Love
Ne-Yo
My Hot koreografer
Andai kata Mira dapat peluang untuk jumpa Cinta Hati Mira ni,
Memang Mira nak suruh mereka berdua ni ajar Mira menari.
Ajar sampai Mira pandai plus terer menari macam mereka mereka jugak !
Sangat geram bila tengok Cinta Hati Mira ni menari dengan girl laen.
Sampai hati mereka mereka ni kan?
Hahaha, but nevermind laa..

"Please teach me dance like you, dear"

Neyo, My Hero
Jejaka berseluar putih plus bertopi ala ala Meet Uncle Hussien
Dia dah jadi hak milik Mira.
Hak Cipta Terpelihara oke !
Dia dah sign kontrak dengan Mira.
Ajar menari, bukan shuffle.
Bukan kahwin kontrak ye !

Ohh, My Super Junior

Colourful 
I like that..
Yang baju hijau oren tu, 
Mira daa chop ye !
Mira dah siap gari Dia dekat atas katil Mira.
So, Dia tak boleh gi mana mana.
Hahahaha...

The Winner Is . . .

Morning everyone
Pagi yang indah ni Mira nak updated pasal LOGO yang dekat bawah ni.
Sure ramai yang tau kan, 
LOGO yang famous dalam kalangan remaja (dances) dekat Malaysia ni.




What?
Ada yang terlepas tengok showdown semalam?
Sungguh rugi !
Rugi besar...
Termasuklah Mira, 
Mira pun lupa semalam dah final showdown.
Itu pun kakak Mira yang bagitau.
Sungguh terkilah bai !
Hahahah, tapi takpe laa..
Mira tolong updated kan apa yang termampu ye..


Winner of the Showdown 2011

Elecoldxhot


Battle Dance


HMC Phlow
2cd places in Final Showdown 2011

Saat saat kemenangan HMC Phlow :



Anda anda yang terlepas untuk saksikan Showdown 2011 semalam, boleh laa klik link dekat bawah ni ye !

Friday, July 1, 2011

Kemuncak Imam Muda 2011

Alhamdulillah, Program yang telah banyak mengubah dan membuka minda masyarakat tentang ilmu ke Islaman didalam negara kita ini,
telah menutup tirainya sebentar tadi..


Jam 9.00 malam
1 Julai 2011
Kemuncak Imam Muda 2011



10 imam muda telah menunjukkan kebolehan,
Memimpin pelbagai cabaran,
Tetapi hanya 2 orang finalis yang berada di penghujungnya.


Imam Muda Hasaan,
Berasal dari Perak
Berumur 26 tahun,
Bekerja sebagai Pensyarah


Imam Muda Nazrul,
Berasal dari Johor Bahru,
Berumur 26 tahun,
Bekerja sebagai Pengetua di sekolah agama rendah

Kini, seperti yang sudah sedia maklum, 
Imam Muda 2011 ialah 

Imam Muda Hassan


Tahniah Buat Imam Muda Hassan,
Beliau sangat berkebolehan dalam memimpin generasi akan datang,
Insyaallah, semoga Imam Muda Hassan dapat memikul tanggungjawab yang lebih besar selepas ini.

Saturday, June 25, 2011

Kemuncak MaharajaLawak 2011

Satu fenomena yang sangat memberi impak kepada industri hiburan tanah air..
Ratting terbaik yang pernah dikecapi oleh astro.
Rancangan pertama yang disiarkan oleh Astro Warna
MaharajaLawak 2011

Kini sudah sampai ke kemuncaknya.


24 Jun 2011
Berlangsungnya Maharajalawak Akhir
Di Stadium Malawati, Shah Alam.

Juara Maharaja Lawak 2011
Sepah..


Naib Juara MaharajaLawak 2011
Jozan


Tempat ke 3
Nabil



*Tahniah kepada Sepah
Memang tak kita jangka, Sepah boleh jadi Juara kan?
Tapi itulah dinamakan rezeki.


*Kepada Jozan, anda tetap PEMENANG DI HATI KAMI, 
Peminat-peminat setia Jozan.


*Maaf kepada anda yang ternanti nanti video MaharajaLawak Akhir.
Mira tak sempat nak upload.
Nanti, insyaallah Mira uploadkan ye.

Thursday, June 23, 2011

Cerciter CINTA



Showing at 21:00 on Astro Ria
Mengisahkan tentang dua remaja perempuan yang sangat manja dan tidak pernah menjejakkan kaki ke kem pertahanan diri dan dua remaja lelaki yang berasal dari kampung. Mereka yang berasal dari latar belakang yang berbeza dan bertemu di sebuah kem yang dianjurkan oleh Tasoh Lake Resort & Retreat. Shahir memegang watak sebagai seorang ustaz yang mempunyai masalah lemah semangat di kem tersebut. Manakala Rozita Che Wan memegang watak sebagai seorang jurulatih yang sangat tegas. Antara pelakon yang membintangi drama ini Rozita Che Wan, Shahir AF, Tomok dan ramai lagi.



Bak kata promoter yang mem-promote drama ini:
Benarkah mereka bercinta?



Anda mampu menilainya sendiri kan?
Hahaha..
Jom ramai-ramai kita tonton drama yang sedang dimainkan di channel Astro Ria sekarang.

Friday, May 20, 2011

Shahir o0hh shahir

Salam buat teman-teman follower Mira !
Mira sangat sedih skang nie sebab "kekasih" Mira dirampas orang !
Or, maybe "kekasih" Mira yang curang ?
Bia betol, "kekasih" Mira curang ?
0mG ~ ~ ~
Suprise giler + gugur sume jantung, peparu, pancreas, thyroid gland Mira bile bace ape yang tertulis kat someone nye blog semalam !
Nie sume gara-gara sis Mira yang beria-ia sangat suruh Mira bace STORY HANGAT BOUT MY LOVE!
Why "kekasih" Mira curang ngan Mira ??
Why dear ?? Why ??



Dear, why u do diz to me ??
Why dear ??

Ehh, sebelom ade yang band Mira, better Mira ngaku cepat ape relationship Mira ngan "kekasih" Mira nie !
Hahahaha, diz is my Dear Favourite Artist laa...
Mira sedih tau, terkejot, tersentak sampai nak tersungkur kat tangga bile dapat tau yang Shahir skang nie ade SCANDAL ngan Rozita Che Wan !
O0ohhh... Plizz laa, Dear Shahir !
Why you choose dat "ladies,women" ?
OmG ~ ~ ~
I juz can say dat word !! 


Yang Mira terkejot plus terkejot and nak tergelak terbahak-bahak bile ade someone nye blog nie cakap "MUNGKIN ROZITA CHE WAN NAK MERASA PUCUK MUDA KOT" 
Hahahaha ~ ~ ~
Sangat ngeri kan ayat tue ?
Mira bace pun rase meremang bulu-bulu yang bole meremang nie tau !
Sangat "eeuuwwww...." !
Tapi yang membuatkan Mira tertanya-tanya (sambil garu-garu kepala) bile RCW je yang mengiyekan statement "SHAHIR @ ROZITA CHE WAN BERPACARAN" !
Why Shahir tolak abis-abisan pasal statement tue ?
Anda-anda sume terpikir tak ape yang Mira pikir kan ?
Entah laa, maybe ade yang Mira tak tau kot (kecewa laa konon nye nie) !

Hope My Dear Shahir berpikir laa sematang-matang, and semasak-masak nye keh !
I still love you laa even you daa kecewakan i !
Hihihihihi (statement membunuh nie) !


Anda-anda semua bole laa nilai sendir tentang gamba nie !
Sangat tak sangka laa !
Serius !!

Monday, May 2, 2011

Artis Malaysia T'follow Korean Group

Ni memang sure dari Korea !
Ape dehal laa skang nie rakyat Malaysia?? 
Nape nak bangga sangat ngan group lua !
Industri hiburan tanah air kite nie da takde kualiti langsung ke ?
Da makin kronik lol !
Parah, parah, parah !
Mira t'kejot bile tengok blog someone yang bagitau ade 2 3 group dari Malaysia yg daa t'ikot-ikot ngan style Korea ! 
What the .... !
Tengok group yang d'sebut-sebut nie pun, rase cam nak ter' wekkk.... !
Ohh "tut tut tut" !
Why all diz happen t0 Malaysian people??
Nape nak d'bangga-bangga kan sangat budaya lua??
Oke, bagi Mira laa kan, kalau nak ikot cara group Korea b'style, it's oke !
But plizz laa, sedar diri wahai anda-anda sume !
Anda tue RAKYAT MALAYSIA !
Nak ikot pun, jangan laa nak t'lampau seksi !
Baju daa oke, tapi seluar ......
MasyaALLAH !
Nie bru story pasal ladies group !
Yang group lelaki yang kacak b'gaya nie...
Aduh ai, lemah tubuh badan nie !
T'beliak biji mata nie tengok picture dorng kat blog someone tue !
Geli, meremang bulu-bulu yang ade lol !
Nape laa sampai nak shave everything ??
Padahal dat thing laa yang dapat m'buktikan k'jantanan lelaki !
Lawak plus menyampah pun ade laa !
Hahahahaha... very-very funny !
Muka memang daa sure-sure Malaysian people...
Nak wat muka cute, comey, ala-ala baby face !
Tolong laaa.... 
Sangat Geli !
Pan asia laa sangat ! 
W0w gitu ! 
Lihat laa nanti wahai follower sume !
Akan t'sebar luas pasal group yng Mira maksudkan nie ! 
Juz wait and see baby !


Buat muka camner skali pun still comey laa !

Sunday, May 1, 2011

Pencarian Lelaki Maskulin 2011

Tahun yang banyak sejarah buat seseorang dalam family Mira ! Dari tahun 2010 sampai laa 2011.. Alhamdulillah, rezeki melimpah-limpah ! Syukur kepadaMu, ya Allah.. Walaupun pelbagai dugaan yang menimpa salah seorang ahli saudara ku, tapi Engkau limpahkan pelbagai rezeki kepadanya.. Trima kasih, ya Allah ! 

Jom kita usha, teropong, ABANG-ABANG MACHO, KACAK, BERGAYA nie !


Penuh gaya !
Berketrampilan !
Pesonaliti diri !
Verstyle !
Juri meneliti dengan penuh expresi !
"kena pilih betul-betul nie, sume nye macho, hensem, kacak, bergaya "
Pemenang Anugerah Khas
Lelaki Macho Maskulin 2011
Mohd Fairus Khalib
:)
Lelaki Maskulin 2011
Congratx !
Memang MASKULIN !
Tak dapat di nafikan lagi !


REMINDER :


( If ade follower Mira yang nak tengok ngan lebih jelas muka abang-abang macho, bole laa tatap muka dorang kat tV ye..)
1 Mei 2011, jam 10 malam, astro Ria laa penaja utama nye !
Tengok taw, jangan tak tengok !

Saturday, April 16, 2011

Vampire Di Hatiku


Famous betol bF aku sorang nie..
Tak abis-abis story pasal dia je.. 
Kat tV, kat radio..
Skang nie da ade Filem plak ! 
Always ade je... 
Jeles aku d'buatnye... 
Sblom masok realiti show dulu b'ia2 janji ngn aku, tak nak famous sangat, tapi last-last... Huuu... 
Sedih nye... 
Dia da famous giler ! 
Ramai orang nak kat dia.. 
T'gugat aku, t'gugat.. 
Sampai makcik-makcik aku kat kampung pun minat and fanatik kat dia..
Ade yang sampai nak kawen kan anak dorang ngn bF aku nie !
Nie memang tak bole jadi !
Al maklumlah, bF aku nie Dari skola agama kan..
Sape laa yang tak nak kan?
Muka suci je, bak kata orang "muka IMAM MUDA"
Hihihiihihi......
I'm sorry dear, t'lampau memuji plak.. !
Abis laa aku nnti, kne cubit-cubit ngan dia...
Dia sebenarnye tak ske aku kecoh-kecoh pasal relationship kami nie !
Tapi... I'm sorry dear ! :)