Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, September 17, 2014

Resepi Kentang Barbeque Berdaging

Assalamualaikum.
Selamat Tengahari kepada pembaca blog.
Mesti ada yang tercari-cari resepi apa yang baru & nak dicuba.
Hari ini, Mira akan kongsikan sedikit resepi ala-ala Western gitu.
Asyik makan Asian food je kan. 
Sekali-sekala nak juga cuba something new, right?

RESEPI KENTANG BARBEQUE BERDAGING

Time Mira masak resepi ni, Mira tak sempat nak ambil gambar.
So, gambar ni Mira ambik dalam internet
(still nampak sama jugak lahh)


BAHAN-BAHAN :

4 biji kentang
1/2 cawan susu kurang lemak
1/2 cawan sos barbeque
100gram daging kisar
1 paket sayur campur -kacang, jagung & karot
2 biji kuning telur
Karot disagatuntuk ditaburkan di atas hidangan
Garam dan Lada sulah


CARA-CARANYA :
  • Adunan A

  1. Rebuskan kentang yang telah dicuci tanpa membuang kulitnya. Biarkan sehingga empuk.
  2. Lenyekkan kentang menjadi halus & tuangkan susu ke dalamnya.

  • Adunan B
  1. Goreng daging dengan sos barbeque.
  2. Masukkan garam secukup rasa & lada sulah serta sayur campur yang telah disediakan.

  1. Masukkan adunan A ke dalam mangkuk atau loyang yang boleh dibakar di dalam oven.
  2. Ratakan adunan A tadi kemudian bahagian atasnya campurkan adunan B.  
  3. Buat perkara itu berulang kali sehingga kedua-dua ini habis secara selang seli. 
  4. Pastikan bahagian bawah dan atas ialah lapisan adunan A.
  5. Sebelum membakar resepi ini, sapukan kuning telur di atas adunan dan taburkan karot yang disagat halus.
  6. Biarkan selama 15 minit dalam oven dengan suhu sederhana panas.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

*Untuk mengelakkan resepi ini melekat pada mangkuk pembakar, sapukan sedikit butter dikeliling mangkuk. Makanan ini sesuai dijadikan makanan utama pada waktu malam atau sesuai juga dibawa berkelah mahupun ke majlis koktel.

Thursday, June 20, 2013

Resepi Cendawan Goreng Istimewa

Assalamualaikum.
Selamat Tengahari semua.
Dah makan ke belum ni?
Mesti ada yang tengah tercari-cari resepi apa yang nak di masak tengahari ni kan.
Almaklumlah, sibuk bekerja sampai tak ada masa nak masak.
Hari ini Mira akan bagi resepi yang agak mudah dan cepat untuk di masak.

RESEPI CENDAWAN GORENG ISTIMEWA



BAHAN-BAHAN :

  • 1 paket cendawan (cendawan biasa yang buat masak sayur)
  • Tepung gandum 
  • Tepung goreng ayam 
  • 1 sudu besar lada hitam (yang telah dikisar)
  • 1 sudu serbuk cili
  • 2 biji telur
  • Sedikit serbuk kunyit (untuk pewarna)
  • Garam secukup rasa. 
  • Minyak masak (untuk menggoreng)


CARA-CARA :
  1. Cuci cendawan sehingga bersih dan carik-carikkan cendawan sehingga menjadi sederhana kecil.
  2. Campurkan tepung gandum, tepung goreng ayam, lada hitam yang telah dikisar, serbuk cili, sedikit serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Gaulkan bahan-bahan terebut sehingga rata.
  3. Pecahkan 2 biji telur dan kacaukan sehingga sekata.
  4. Masukkan cendawan ke dalam telur dan gaul-gaulkan.
  5. Kemudian masukkan pula cendawan ke dalam tepung. Gaulkan sehingga sekata.
  6. Panaskan minyak ke dalam kuali.
  7. Apabila minyak telah panas, masukkan cendawan ke dalam kuali. 
  8. Siap untuk dihidangkan. Resepi yang mudah, cepat dan yang paling penting "SEDAP" 

Tuesday, June 11, 2013

Resepi Cucur Jagung

Assalamualaikum.
Hai warga blog yang sentiasa ceria membaca.
Hari ini, Mira nak kongsi Resepi Cucur Jagung.
Resepi cucur ini mudah saja, mungkin dah ramai yang tahu cara nak memasak nye, kan =)

Tapi Resepi Cucur Jagung, mesti ada yang tak pernah rasa or buat.
So, Mira nak kongsikan dengan you'll.


Bahan-Bahan :

  • 1 cawan isi jagung
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh gula
  • daun kucai ~ dihiris halus
  • 1 bj cili merah ~ dicincang
  • 1/2 labu bawang besar ~ dicincang
  • 3/4 cawan air
  • minyak untuk menggoreng

Cara-Cara Memasak :

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali air dan minyak ke dalam bekas.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
  3. Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik.
  4. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
  5. Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda.. Selamat mencuba.

*Cucur Jagung ini juga sesuai untuk dicicah dengan kuah kacang or sos Thai (Jenama Life). Juadah di waktu petang. Nyum nyum =D


Monday, June 10, 2013

Resepi Pencuci Mulut : Puding Karamel

Assalamualaikum, 
Hai dah lama rasanya Mira tak updated blog. 
Now, Mira nak kongsi cara-cara untuk buat 
"Puding Karamel"



Bahan-Bahan :

  • 7 biji telur gred A
  • 1 tin susu cair
  • 125ml air
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu makan tepung kastad (dibancuh dengan di atas)
  • 120gm gula pasir


Bahan Karamel :
  • 200gm gula pasir


CARA MEMASAK:
1. Pukul telur dan gula pasir hingga sebati.
2. Kemudian masukkan susu cair, air, esen vanila dan juga bancuhan tepung kastad.
3. Kacau bahan karamel di dalam kuali hingga cair dan terus tuangkan ke dalam loyang yang telah tersedia di atas kukusan.
4. Tuangkan bancuhan terdahulu ke dalam loyang berisi karamel.
5. Biarkan kukus selama 40 minit.
6. Sedia untuk dihidangkan.


*Sesuai dimakan oleh semua peringkat umur, Tapi, bagi mereka yang ada penyakit "diabetes" Anda dinasihatkan untuk mengurangkan makan makanan yang manis seperti puding karamel ni. Sekali sekala tu boleh lahh =)


Friday, December 7, 2012

Resepi Durian Milkshake

Disebabkan masih dalam mood MUSIM DURIAN
Mesti ada yang tertanya-tanya "sedap ke durian dibuat air?"
Sungguh sedap jawapannya wahai teman-teman sekalian.

Durian yang terpilih
Engkaulah raja buah-buahan

Bahan-Bahan Tersembunyi :


  • Beberapa biji buah durian (pilih durian yang sesuai untuk di-blend)
  • 1 cawan air gula
  • 1 sudu esen vanila
  • 1 bekas aiskrim perisa vanila
  • 1 bekas ais
  • 1 kotak susu rendah lemak (brand dutch lady)


Cara-Cara Membuat:


  • Pilih beberapa ulas durian dan buangkan biji durian tersebut.
  • Masukkan isi durian ke dalam blender.
  • Masukkan juga air gula, aiskrim perisa vanila, 1 tutup esen vanila, 1 senduk/bekas ais & 1 cawan susu kotak (masukkan sedikit demi sedikit)
  • Blend kesemua bahan-bahan sehingga sebati.
  • Hidangkan air DURIAN MILKSHAKE kedalam cawan.
  • Sedia untuk diminum.

Air Durian Milkshake yang telah siap.
Selamat Mencuba.


*Teringin nak hidangkan air milkshake ni dekat Mr. Cinderella saya.


Resepi Kek Batik Mudah



Selamat Pagi Jumaat sekalian makhluk di dunia.

Hari ni kita akan cuba men-decorate sesuatu yang agak unik, mudah, dan sedap untuk dimakan.
Kek Batik Ala-Ala MiraLiya.

Bahan-Bahan Tersembunyi :

1 ketul cokelat masak
1 paket biskut Marie
1 tin susu pekat manis
Setengah ketul butter

Cara-Cara Membuat :


Mula-mula cairkan butter dan cokelat masak didalam bekas yang boleh didihkan.
Setelah cokelat cair, masukkan biskut Marie yang telah dihancurkan (seperti gambar di atas)
Masukkan juga susu pekat manis supaya biskut menjadi lebih manis dan sedap
Gaul hingga sebati kesemua bahan-bahan itu tadi.
Masukkan bahan-bahan tersebut kedalam bekas dan sejukkan kedalam freezer supaya ia menjadi keras.
Setelah bahan tersebut menjadi keras, potong-potong menjadi kecil dan hiaskan didalam bekas.

Inilah rupa kek batik tadi.
Nampak sedap kan?

*Selamat Menjamu selera. (Ps: Saya rindukan dia yang jauh nun disana)

Friday, November 23, 2012

Resepi Durian Crepe

Assalamualaikum.
Disebabkan sekarang dah masuk musim buah kegemaran ramai, 
Mesti ada yang dah mula fikir nak pelbagai guna & rasa buah ini.
Tea Time !

Awesome Durian Creepe

Bahan-Bahan Terembunyi :
  • 250g tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 500ml santan (santan kotak)
  • 100ml air
  • 1/2 garam
  • 1 penutup botol esen vanilla
  • TIADA PEWARNA TIRUAN/PENGAWET YANG TIDAK DIBENRKAN !

Bahan-Bahan Filling :
  • Seberapa banyak isi durian (pastikan isi durian yang belum dikobek oleh ulat durian, hehe)
  • 1 cawan whipping cream (boleh dibeli di pasaraya)

Cara-Cara Penyediaan Bahan Tersembunyi :
  • Campurkan kesemua bahan kedalam blender basah.
  • Tapis bahan tersebut ke dalam bekas.
  • Pastikan dapur anda mepunyai kuali leper (ala, kuali yang buat untuk masak lempeng, capati, tosai & dll)
  • Panaskan kuali tersebut dan letakkan sedikit mentega/minyak masak.
  • Tuang bahan tadi kedalam senduk kecil & masak diatas kuali.
  • Setelah kelihatan kekuning-kuningan, angkat bahan tadi aKa creepe tersebut & letakkan ke atas pelapik.

Cara-Cara Penyediaan Filling :
  • Pukul rata whip cream dalam mixes hingga kental
  • Asingkan isi durian dengan bijinya. Lumatkan sehingga sebati

Cara-Cara Membungkus :
  • Bentangkan 1 "helai" creepe
  • Letakkan sedikit whip cream & isi durian diatas creepe tersebut (Ikut kuantiti juga lah nak banyak mana letaknya filling tu ye)
  • Tutup creepe & lipat mengikut kreativiti anda
  • Akhir sekali, simpan creepe tersebut didalam freezer (suhu jangan terlalu rendah/tinggi)



*Selamat Menjamu Selera dengan penemuan baru 
(tak berapa baru sangat lahh, HAHA)




Monday, November 19, 2012

Resepi Ikan Pari Masak Asam Pedas

Selamat Tengahari Para Blogger
Apa menu masakan tengahari kita hari ini ye?

Ikan Pari Masak Asam Pedas

Bahan-Bahan Tersembunyi :

  • 6 ketul ikan pari (yang telah dipotong)
  • 15 tangkai cili kering
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Kunyit Hidup (sebesar ibu jari)
  • 2 biji tomato
  • 4 batang kacang buncis
  • Asam jawa/asam keping
  • Garam
  • Minyak masak 

Cara-Cara Memasak :

  • Potong cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup. Rebuskan keempat-empat bahan supaya mudah untuk dikisar.
  • Kisar bahan-bahan tersebut sehingga halus.
  • Panaskan minyak ke dalam periuk dan masukkan bahan-bahan tersebut.
  • Masak bahan-bahan tersebut sehingga naik minyak/naik bau. 
  • Masukkan ikan pari dan biarkan ia beberapa minit di dalam periuk supaya dimasak dengan betul.
  • Seterusnya, masukkan air asam jawa atau asam keping kedalam periuk supaya ianya merasa sedikit masam.
  • Tambahkan sedikit garam.
  • Masukkan buah tomato dan kacang buncis.
  • Biarkan beberapa minit dan ianya sedia untuk dihidangkan.



*Tiba-tiba emak saya tanya, Nak Kahwin Ke, Anak Emak ni? HAHA


Resepi Cheesy Wedges

Selamat Pagi Dunia.
Menu sarapan apa yang jadi santapan pagi ini?

Cheesy Wedges Siprincess



Bahan-Bahan Tersembunyi :


  • Fresh wedges (frozen)
  • Serbuk cheese (boleh dibeli di kedai-kedai/supermarket)
  • Mayonis
  • Sos cili/tomato (apa-apa brand pun tak apa)
  • Keju mozarella (penambah kesedapan)
  • Air panas (untuk membancuh serbuk cheese)
  • Minyak masak (untuk menggoreng)

Wedges From Frozen

Cara-Cara Memasak :

  • Panaskan minyak kedalam kuali (saiz besar atau kecil).
  • Apabila minyak telah panas, masukkan wedges kedalam kuali.
  • Sementara menunggu wedges dimasak ranggup, bancuh serbuk cheese dengan air panas (100 darjah celcius)
Serbuk cheese yang telah dibancuh dengan air panas.


  • Setelah wedges dimasak dengan sebati, angkat wedges dan letakkan ia ke atas penapis untuk menapis lebihan minyak.
  • Akhir sekali, letakkan wedges ke dalam pinggan dan taburkan sos, mayonis, serbuk cheese ke atas wedges itu tadi.
  • Bagi menampahkan rasa cheese, boleh juga letakkan keju mozarella ke atas wedges tersebut.



Tunggu apa lagi, jom mulakan resepi yang agak "Cheesy" di pagi hari. Pasti hari-hari anda disinari dengan cheese :D

Wednesday, February 29, 2012

Nasi Impit Kuah Kacang

Indahnya sungguh dihari raya,
ramainya orang bersuka ria,

Cewahh, macam hari raya laa pulak kan.
Mana tak nya, pagi-pagi macam ni Mira dah dihidangkan dengan
NASI IMPIT dengan KUAH KACANG.
Nasib baik tak ada lemang, rendang, kuih-muih.


Sedap betul kuah kacang ni, sampai licin laa mangkuk kuah ni.
Nampak sangat kesedapannya kan?
Siapa yang belum makan pagi ni gerenti tengah terliur plus meleleh air liur. HAHA
Jahatnya Mira buat pembaca blog ni mengidam pagi-pagi macam ni.

Kepada sesiapa yang dah tak tahu nak makan apa,
Pagi dan merangkap makan tengah hari,
Cuba laa makan NASI IMPIT dengan KUAH KACANG.
Gerenti tak sabar-sabar nak sambut hari raya. HAHA


*Selamat menjamu selera.