
Assalamualaikum, Selamat Pagi.
Pagi-pagi lagi Mira dah dikejutkan dengan post entry yang hangat lagi sensasi.
Ini bukan nak cari publisiti semata-mata.
Apa yang Mira nak katakan dekat sini, you all jangan cepat melatah dengan perkara-perkara yang baru you all dengar dan lihat.
Pagi tadi, Mira terjumpa satu entry dari seorang blogger girl.
If you all nak tahu apa yang dia tulis, baca SINI
Now you all dah baca kan.
Apa pandangan you all terutama sekali untuk pelajar sTPM.
Mesti ada yang marah, sakit hati, geram.
But, you all jangan laa salah faham.
Mira buat entry ini untuk jelaskan dekat sesiapa yang suka sangat membandingkan antara
Pelajar sTPM dengan Pelajar Matrikulasi.
Sebenarnya, semuanya sama saja.
Tak kesah lah kita nak belajar dekat mana pun.
Asalkan usaha haruslah lebih. Siapa yang taknak usaha, ke mana pun tak boleh.
Mira cakap macam ni sebab ada yang tengah membincangkan hal
"Pelajar Matrikulasi lebih mudah sambung belajar ke
Universiti berbanding Pelajar Lepasan STPM"
Kepada yang tengah sibuk-sibuk membincangkan hal ni,
you all pernah ke rasa belajar sendiri dalam
Matrik or STPM?
Rasanya tak pernah kan.
Kepada adik-adik yang nak sambung belajar (Lepasan SPM)
Better adik-adik tanya guru-guru yang berpengalaman, apa yang penting sekiranya adik-adik dapat tawaran belajar kedua-dua institut pelajaran ini (Pra-U & Matrik) buatlah solat istigharah.
Insyaallah, Allah akan beri petunjuk.
Jangan laa pulak adik-adik tanya or publishkan pertikaian adik-adik dekat facebook ke, twitter ke,
myspace ke, blogger segala bagai.
Ini boleh menyebabkan kami Pelajar STPM dengan Pelajar Matrikulasi
bergaduh.
Seriusly, memang akan jadi satu pergaduhan kalau ada manusia yang jenis cepat melatah apabila membaca post entry Mira (Pelajar sTPM) dengan rakan blogger girl (Pelajar Matrikulasi)
Mira akan ulang balik apa yang blogger girl ini tulis dalam blog dia :
- matrix nie banyak anjur aktiviti tau...student yang anjur sendiri bukannya lecturer...mana ada masa mo study lae , anjur lagi aktiviti yang ambil masa beberapa hari. aktiviti bukan alang2 sampai malam..pagi sampai malam busy saja memanjang...sampai xda masa rehat..dari isnin hingga ahad full dengan aktiviti...kalau stpm , at least korang ada masa rehat , hangout dengan member2 hari minggu , tengok tv di rumah *xda tv kat mtrix :( , memang cukup rehat...kat mtrix please lah mana ada mcm tue..belum masuk kelas malam lagi sampai jam 11 malam..naaa..hebat kan...stpm dri pagi smpai petang n mtrikulasi dri pagi smpai malam..so , jangan nak bandingkan mtrikulasi lagi senang dari stpm...kalau syllabus ya senang tapi kalau usaha susah c kit.. ( lain cerita pla kalau student stpm yang msuk asrama k .. )
Now, ada Pelajar STPM yang dah panas hati kan?
Buat apa nak panas hati?
Mungkin Pelajar Matrik tak tahu apa aktiviti kita (Pelajar STPM) lakukan dekat sekolah.
Now, Pelajar-Pelajar Matrik sekalian dan adik-adik, silalah klik entry Mira yang akan Mira letakkan linknya dibawah.
Ini sekadar untuk memberi anda lihat sendiri apa aktiviti yang kami lakukan
dan anjurkan SENDIRI, tanpa bantuan guru-guru kami.
- Sambutan Kemerdekaan 2011
- Orientasi Pelajar Pra-U 1
- Sambutan Hari Guru
- Ada beberapa aktiviti lagi yang kami terpaksa anjurkan sdiri.
- (Jamuan akhir tahun sesi 2010, Sambutan Bulan Bahasa, Karnival Sukan Pra-U)
Now, you all sendiri dah lihat macam mana keadaan Pelajar STPM.
So, jangan banding-bandingkan kami dengan Pelajar Matrik.
Semuanya sama saja, ada positifnya ada negatifnya.
Jangan cepat judge orang.
Satu lagi perkara yang Mira nak tegaskan dekat sini,
Belajar di Pra-U bukanlah semudah yang you all fikirkan.
Subjeknya teramatlah susah.
Memang ada guru yang guide kita belajar, tapi bukan semuanya guru-guru akan bagi.
Study group sangat penting.
Kalau tak ada study group, agak susah sikit nak faham sebab
dalam subjek yang ada dalam STPM, tersangatlah mendalam.
Eventhough Mira hanya ambil 4subjek je, tapi bukan mudah nak bawa ke empat-empat subjek ni.
Kalau malas belajar, boleh out !
Blank, blur, semuanya ada dik oi.
Ini ada bukti yang mengatakan kami (Pelajar sTPM) menguruskan sendiri sujek yang diambil.
Sekali lagi Mira ulang pepatah ini
"Don't Judge a Book By It's Cover."
Kepada adik-adik, ingat pesan kak Mira tadi ye.
Jumpa dengan orang yang berpengalaman dulu sebelum nak decide apa-apa.
Akhir kata,
jangan cepat menilai sekiranya kita tak tahu perkara itu dengan sebaik-baiknya.
jangan cepat menilai sekiranya kita tak tahu perkara itu dengan sebaik-baiknya.
Setiap perkara yang wujud di dunia ini, ada buruk dan baiknya.
Dengarlah segala pendapat yang diberi, jangan mudah melatah.
Kepada Pelajar-Pelajar tak kira STPM atau Matrik,
kita harus pandai menepis segala pandangan negatif dari orang lain.
Tunjukkan institut yang telah kita masuki lebih baik dari apa yang dipertikaikan.
*Pelajar STPM 2010-2011









